“Pandang Ke Hadapan Demi Masa Depan, Toleh Ke Belakang Apabila Perlukan Kekuatan” – Warganet Bagi Semangat Lepas Baca Kapsyen IG Shahida

Usahawan kosmetik Datin Seri Nur Shahida Rashid telah menerima ratusan kata-kata semangat daripada pengikut di Instagram (IG)nya selepas memuat naik posting pada Isnin.

Shahida yang juga isteri kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri telah menulis kapsyen motivasi buat dirinya sendiri dan posting tersebut mendapat lebih daripada 49 ribu tanda suka daripada warganet.

“Pandang ke hadapan demi masa depan. Toleh kebelakang sebentar apabila perlukan kekuatan,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‘Pandang ke hadapan demi masa depan. Toleh kebelakang sebentar apabila perlukan kekuatan’❤️❤️ #throwback

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Rata-rata pengikutnya di IG memohon supaya Shahida terus diberikan kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang termasuk memintanya istiqamah dan berdoa demi keluarga serta anak-anak.

Ada juga yang mendoakan Shahida supaya terus tabah kerana hidup ini merupakan satu perjuangan.

Shahida kemudiannya membalas komen-komen pengikut di IGnya dengan positif disamping mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana prihatin.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Shahida telah memfailkan pencer4ian terhadap suaminya.

Bagaimanapun Shahida enggan memberikan komen terhadap dakwaan tersebut serta memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai status rumah tangganya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Pandang Ke Hadapan Demi Masa Depan, Toleh Ke Belakang Apabila Perlukan Kekuatan” – Warganet Bagi Semangat Lepas Baca Kapsyen IG Shahida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*