Mengambil tanggungjawab menyebarkan maklumat dan pengorb4nan kakitangan barisan hadapan yang berjuang menentang wab4k C0vid-19, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup beremosi dengan seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban yang dikenali sebagai Nurul.
Jelas Nurul, dia dipinjamkan daripada unit raw4tan jantung untuk memenuhi keperluan raw4tan pes4kit C0vid-19 di Malaysia. Dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana setiap kakitangan terp4ksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari.
Dan atas sebab itu, jelas Nurul, kebanyakan frontliner terp4ksa menjamak solat fardhu dan menahan lapar sehingga PPE dibuka dan terus dilupuskan. Tambahnya lagi, kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terp4ksa bekerja lebih daripada 18 jam sehari bagi memastikan pes4kit mendapat rawatan sepenuhnya.
Tidak mampu menahan sebak tatkala menyentuh perihal anak, jelas Nurul, dia sudah lama tidak berpeluang bertemu dan memeluk anaknya kerana tidak mahu merisikokan ny4wa mereka. Malah, Pak Nil turut terkedu saat Nurul menyatakan statusnya sebagai ibu tunggal.
“Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah bermula. Saya terp4ksa menghantar kedua-dua anak untuk dijaga oleh adik. Saya merupakan ibu tunggal.
“Selalunya kami akan buat panggilan video dan mereka selalu akan bertanya bila ibu boleh balik, bila kita boleh makan bersama, bila nak keluar jalan bersama. Saya hanya mampu menjawab, bila keadaan sudah reda. Kami sendiri tiada kepastian bila keadaan akan beransur pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan.
“Bukan tidak takut terkena j4ngkitan namun kita kena ikhlaskan diri. Selama mana kita harus melawan wabak ini jika kita tidak berjuang. Apa yang membuatkan saya terus berjuang dan bertahan mer4wat pes4kit ialah saya mahu balik ke rumah dan jumpa anak-anak, saya tidak mahu terus begini.
“Ayah berpesan, saya kena teruskan berdoa dan jangan putus berdoa kepada Allah, dan kena kuat untuk anak-anak.
“Namun ada frontliner yang punya anak-anak yang masih kecil terp4ksa putuskan susu badan kerana tidak mahu risik0kan ny4wa anak. Apa yang boleh saya pesan kepada rakan-rakan seperjuangan, ikhlaskan hati, kuatkan diri. Kita kena berjuang sehingga wab4k ini tamat, kita berjihad kerana Allah,” luahnya sambil menangis.
Nurul turut menitipkan pesanan buat dua anak lelakinya dan berjanji akan pulang selepas semuanya tamat.
“Ibu harap semuanya akan berakhir dengan cepat, ibu akan balik ambil anak-anak ibu dan akan peluk kamu setiap malam. Ibu janji ibu akan balik. Doakan ibu terus kuat,” katanya menahan sebak.
“FRONTLINER YG TERPISAH DARI ANAK KECILNYA 😭
Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menvduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg #paknil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya c0vid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif #teampaknil,” kongsi Pak Nil.
Foto : Instagram Pak Nil
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
Be the first to comment on "“Ibu Janji Ibu Akan Balik,” – Hampir 3 Minggu Tidak Jumpa Anak Demi Jih4d, Pak Nil Kngsi Kisah Frontliner Yang Terpisah Dari Anak Kecilnya"