“Penghijrahan Ini Adalah Pilihan Saya,” – Doa Terus Istiqamah, Ernie Zakri Kini Bertudung, Tutup Aurat

Penyanyi, Ernie Zakri memberitahu dia mengambil pendirian untuk mengenakan tudung selepas penul4ran wab4k COV1D-19 yang kini sedang melanda dunia selain sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijalankan di negara ini sejak minggu lalu.

Meminta doa agar dirinya terus istiqomah, bintang berusia 28 tahun ini juga sebolehnya berharap agar penghijrahannya itu tidak disalah erti.

“Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya. Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi.

“Tapi, mungkin disebabkan komitmen kerja perkara ini tertangguh. Apabila dapat duduk di rumah sepanjang PKP ini, saya mulai muhasabah diri dan berasakan ini waktu sesuai untuk berhijrah.

“Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah. Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Sementara itu, pemilik nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri ini juga meminta agar peminat tidak keliru jika terdapat penampilannya yang tidak bertudung di kaca TV selepas ini.

“Kalau masih ada penampilan saya yang tidak bertudung disiarkan, itu sudah lama dirakamkan. Harap ia tidak menjadi isu.

“Malah, dalam video muzik Gundah yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini pun, penampilan saya masih belum bertudung.

“Jadi, saya berharap peminat faham,” katanya yang turut mendapat sokongan ramai terhadap hijrah yang dilakukan.

“Terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan saya. Semoga yang baik-baik untuk kita semua.

“Malah, saya juga sentiasa terbuka hati menerima nasihat dan teguran daripada semua selepas ini. Kita sama-sama belajar menjadi yang lebih baik,” akhiri Ernie.

Terdahulu, Ernie turut berkongsi fotonya yang mengenakan hijab di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤❤❤❤❤

A post shared by @ erniezakri on

Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Ernie Zakri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Penghijrahan Ini Adalah Pilihan Saya,” – Doa Terus Istiqamah, Ernie Zakri Kini Bertudung, Tutup Aurat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*