“Ya Allah, tiada daya upayaku tanpa pertolongan dariMU…”- Siti Nurhaliza

Seperti yang semua ketahui, situasi sangat membimbangkan telah melanda seluruh dunia dengan penul4ran w4b4k c0v1d-19 dan ketika ini ramai pihak kerajaan dan pakar kesihatan di setiap negara sedang melakukan yang terbaik buat semua.

Bahkan, langkah dalam memerangi penul4ran w4b4k ini juga dilakukan oleh setiap individu dan termasuklah dengan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan dimana semua berperanan untuk duduk dirumah bagi mengelak penul4ran w4b4k berkenaan dari terus berlaku.

Umum juga, Perintah Kawalan Pergerakan baru-baru ini telah dilanjutkan sehingga 14 April ini setelah ia dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, buat yang beragama Islam pastinya tahu bahawa sudah tidak lama lagi bulan Ramadan bakal menjelang. Itu jugalah yang dikongsikan oleh penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.

Menerusi laman Instagram peribadinya, penyanyi ini berkongsikan kiraan hari bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi dimana masih ada 28 hari buat yang beragama Islam akan berpuasa.

Oleh itu, dengan keadaan yang semua ketahui dapat diperhatikan Datuk Siti Nurhaliza atau juga mesra disapa TokTi mendoakan agar penyebaran w4b4k ini terhenti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah , Tiada daya upayaku, tanpa pertolongan dariMU… Dikau hentikanlah penyebaran Covid19 ini di seluruh dunia dengan segera &Berikan kami kekuatan untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar & patuh kerana kami ingin bertemu dengan Ramadhan yang Mulia tidak lama lagi.. Aamiin

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

“Ya Allah, Tiada daya upayaku, tanpa pertolongan dariMU… Dikau hentikanlah penyebaran c0v1d19 ini di seluruh dunia dengan segera.

“Berikan kami kekuatan untuk menghadapi dugaan ini dengan sabar & patuh kerana kami ingin bertemu dengan Ramadhan yang Mulia tidak lama lagi. Aamiin.” Tulisnya.

Posting berkenaan lalu mengundang ramai untuk mengaminkan doa Datuk Siti Nurhaliza yang ditinggalkan diruangan komen.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram Datuk Siti Nurhaliza via HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ya Allah, tiada daya upayaku tanpa pertolongan dariMU…”- Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*