“Dia Adalah Orang Yang Terakhir Datang…” – Mimi Lana Dedah Perangai Sweet Qismina

Pelakon dan model Mimi Lana memuji komitmen dan bakat yang dipertaruhkan oleh gandingannya dalam filem Pusaka, Sweet Qismina.

Menyifatkan Sweet sebagai seorang gadis yang rajin bekerja, Mimi berkongsi pujian tersebut menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The most hardworking girl I’ve ever meet ! Antara pelakon yang rajin sangat bekerja , dan Tak pernah gagal untuk bagi yang terbaik .💯 Beauty comes with brain too . Always exciting to be in one screen with this one . Kita ada 7 Hari kelas lakonan bersama @aloyparadoks dan @sweetqismina adalah orang yang paling terakhir datang . Surprisingly, sweet orang yang paling cepat dapat character dia . I know you will nailed it girl ! You guys should see another version of her acting yang sweet bawak dalam #filempusaka ni . To see how committed she is , buat kita sama sama excited nak shoot . Tak banyak cakap , Tapi kerja tip top ! I’m so proud of you girl ! #forevermyadik

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

“Gadis paling rajin yang pernah saya jumpa. Antara pelakon yang rajin sangat bekerja dan tak pernah gagl untuk bagi yang terbaik.

“Beauty comes with brain too! Sering teruja untuk bekerjasama dalam satu skrin dengan dia,” tulis Mimi.

Tambah gadis tinggi lampai ini lagi, Sweet memberikan kejutan biarpun dia merupakan pelakon yang terakhir menghadiri kelas lakonan sebelum penggambaran filem bermula.

“Kita ada tujuh hari kelas lakonan bersama @aloyparadoks dan @sweetqismina adalah orang yang paling terakhir datang.

“Apa yang mengejutkan, Sweet orang yang paling cepat dapat character dia. I know you will nailed it girl! Anda patut saksikan versi lain lakonan Sweet dalam filem Pusaka ini. Menyaksikan betapa komitednya dia, membuatkan kita sama-sama rasa teruja untuk berlakon.

“Tak banyak cakap, tapi kerja tip top! I’m so proud of you girl! #forevermyadik,” tulis Mimi lagi.

Di ruangan komen, Sweet memberikan respon terhadap penghargaan yang diberikan oleh Mimi kepadanya.

“Kakak… Awak membuatkan saya tersipu-sipu dan mahu menangis! Terima kasih atas posting ini. Awak lagi bekerja keras dan sentiasa merendah diri. Saya sayangkan awak sangat-sangat! #forevermykakak,” balas Sweet.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.

Kredit foto: Instagram Mimi & Sweet

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dia Adalah Orang Yang Terakhir Datang…” – Mimi Lana Dedah Perangai Sweet Qismina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*