“Tu Kening Ke Lintah Ya?” – Sahut Cabaran Until Tomorrow, Ayda Jebat Kongsi Video Tahun 2014

Penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat menyahut cabaran ‘Until Tomorrow’ yang kini menjadi sensasi di laman sosial.

Menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram Ayda, pelantun lagu Pencuri Hati itu memuat naik video sekitar tahun 2014.

“Aib! 2014 lagi nah! #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🤣🤣🤣 . Aib! 2014 lagi Nah! #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak. Dengan takde suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas. Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni. . Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ? 🤣 . Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha! 😚 #AydaJebat #ApaBendaNiAyda #Muahciked #AwaaSaiaTaKuad

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

“Dengan tak ada suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas.

“Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni,” tulis Ayda.

Penyanyi lagu Temberang itu juga sempat bergurau mengenai bentuk keningnya enam tahun lepas.

“Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ? Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha!” tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan video ‘throwback’ yang dimuat naik oleh Ayda.

Dalam perkembangan lain, Ayda baru sahaja melancarkan lagu Duduk Diam Diam bersempena tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan sehingga 14 April ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tu Kening Ke Lintah Ya?” – Sahut Cabaran Until Tomorrow, Ayda Jebat Kongsi Video Tahun 2014"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*