“Nasib Aku Bukan Artis” – S1ndiran Aeril Zafrel Terhadap Seniman Memang Padu

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, majoriti rakyat Malaysia hilang sumber pendapatan. Situasi ini membuatkan kerajaan mewujudkan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu rakyat yang berada dalam k3susahan.

Namun, lain pula yang terjadi apabila beberapa selebriti dilihat kurang senang dengan bantuan ini, malah mereka meminta kepada kerajaan untuk memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.

Dalam post Persatuan Seniman Malaysia baru-baru ini, mereka menyenaraikan cadangan bantuan khas yang ingin diminta kepada kerajaan.

Berikut adalah beberapa permintaan Seniman:

1. E-wallet RM500 – RM1k

2. Baucer pembelian barang keperluan diri dan rumah

4. Pemeriksaan C0vid percuma di hospital kerajaan DAN HOSPITAL SWASTA.

3. Bantuan khas RM1k SETIAP BULAN untuk tempoh 6 BULAN.

Permintaan ini dilihat agak keterlaluan bagi netizen yang menganggap penggiat seni juga sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Melihatkan situasi ini, Aeril Zafrel tampil dengan satu kenyataan seolah-olah meny1indir kerenah beberapa penggiat seni ini. Amboi!

 

Melihatkan response netizen yang terhibur dengan kenyataan itu, Aeril memuat naik lagi dua tweet yang berbunyi:

“Aku tiktok femes. Aku jugak army”

Untuk meredakan keadaan yang dilihat begitu tegang di antara netizen dan golongan penggiat seni, Aeril juga dilihat sempat bergurau senda dengan netizen. Sempoi betul!

Foto: Twitter

Semoga kemelut kecil ini dapat diselesaikan dengan segera. Penggiat seni juga rakyat Malaysia, sewajarnya mereka memohon bantuan seperti kita semua juga.

“Bantuan Khas RM1,000 Setiap Bulan Selama 6 Bulan …” – Ini Antara 7 Cadangan Seniman Kepada Kerajaan

Susulan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan, Persatuan Seniman Malaysia tampil menyuarakan hasrat kepada kerajaan demi meringankan beban artis.

Cadangan itu dikemukakan menerusi akaun media sosial rasmi Seniman melalui Finas dan Kementerian Komunikasi & Multimedia.

Menerusi cadangan Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 COV1D-19, berikut perkara yang Seniman minta untuk dipertimbangkan:

1) Cadangan Projek Inisiatif – Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 Cov1d19 KKMM (Bantuan Kecemasan)- Cadangan Nama Bantuan : BANTUAN KHAS COVID-19 PENGGIAT SENI MALAYSIA (COVIDSENI-2020)

2) BANTUAN KHAS E-TUNAI ATAU TUNAI RM 500 HINGGA RM 1000 MENGGUNAKAN PEMBAYARN MELALUI ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) Saraan (mengikut kriteria) Semasa Krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barang keperluan penting semasa PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

3) “Skim Kerugian Seni” bantuan kerugian dari min RM 1000 ke RM 3000 menangung kerugian penanguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.

4) BAUCER KEPERLUAN DIRI DAN RUMAH UNTUK ANAK SENI, JAMINAN KERAJAAN MELALUI KPDHEP DENGAN KERJASAMA PASARAYA SEPERTI TESCO, GIANT, NSK, MYDIN DAN SEBAGAINYA.

5) PEMERIKSAAN COV1D 19 KESIHATAN PERCUMA UNTUK PENGGIAT SENI DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA (yang memerlukan sahaja)

6) DANA KHAS PERSATUAN PERSATUAN SENI BAGI KEMPEN COV1D 19 UNTUK MEMBANTU KERAJAAN MEMBERI PENERANGAN KEPADA RAKYAT DENGAN LEBIH BERKESAN.

7) SISTEM BANTUAN PENGGIAT SENI YANG TIDAK MEMPUNYAI KWSP

Bantuan kewangan Khas sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.

Senarai cadangan Seniman itu mendapat pelbagai reaksi orang awam di platfom media sosial Twitter yang kebanyakannya kurang bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Pengumuman kerajaan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihati Rakyat minggu lalu mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan artis dan penggiat seni.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : – CARI

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Nasib Aku Bukan Artis” – S1ndiran Aeril Zafrel Terhadap Seniman Memang Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*