Penyanyi Black Hanifah memutuskan untuk tidak mengenakan bayaran sewa bulan April kepada individu yang menyewa rumah miliknya.
Menurut Black, dia terpaksa menunjuk kebaikan yang dilakukan bagi menutup mulut segelintir netizen yang mengecam selepas menyuarakan pendapat meminta bantuan kerajaan untuk penggiat seni
“Sampai kena buat macam ni nak kasi korang faham, ni jangan cakap saya nak menunjuk pulak.
“Saya bersuara untuk yang memerlukan contoh macam penyewa saya ni, saya tolong dengan cara macam ni.
“Walaupun tak banyak saya yakin kurang sikit bebanan dorang. Kenyataan saya haritu pulak, saya bersuara untuk penggiat seni,” tulisnya menerusi Instagram (IG).
Dalam pada itu, pemilik nama Hanifah Md Hanafiah menyatakan dia tidak memerlukan sebarang bantuan keperluan untuk keluarganya.
“Saya malas nak tulis panjang-panjang, korang takkan baca. Bagi yang nak hantar beras susu anak saya nak bank in duit kat saya, cakap saya takda duit, itu semua tak perlu!
“Tapi kalau bagi boleh la bagi untuk penggiat seni yang memerlukan pula. Ini bukan riyak, ini jalan terakhir untuk bagi netizen faham. Akan ada lagi kecaman, tapi aku tetap akan terus berjuang untuk penggiat seni,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas k3s COV1D-19 kini mencecah 2,470 orang dengan 34 rekod kemat1an.
Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COV1D-19!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Walaupun Tak Banyak Saya Yakin Kurang Sikit Bebanan Mereka” – Black Hanifah Tak Ambil Duit Sewa Rumah"