COV1D-19: Faizal Tahir Cari 100 Keluarga Yang Perlukan Bantuan Barangan Dapur

Penyanyi Faizal Tahir dan organisasi komuniti I Am Faith Men sedang mencari 100 keluarga atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan membeli keperluan harian.

Menerusi laman sosial Instagram, Faizal berkongsi sebuah video mengumumkan berita baik tersebut untuk tatapan umum.

“Saya dan @iamfaithmen sedang berusaha membantu 100 buah keluarga atau sesiapa sahaja yang SANGAT memerlukan bantuan untuk membeli barang dapur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yawh heads up guys! Saya dan @iamfaithmen sedang berusaha membantu 100 buah keluarga atau sesiapa sahaja yang SANGAT memerlukan bantuan untuk membeli barang dapur. For more info please watch the video ☝🏽. Stay safe n stay strong Malaysia! 💪🏽🇲🇾❤️ #covid_19 #stayhome

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

“Sesiapa yang ada info, tolong tonton video ini. Stay safe dan stay strong Malaysia,” tulis Faizal menerusi kapsyen.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, mana-mana keluarga ataupun sesiapa yang terjejas pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh menghantar butiran di nombor telefon yang disebut.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai yang memberikan cadangan keluarga susah yang perlu dibantu.

Tidak kurang juga ada yang memuji usaha murni Faizal dan organisasi komunitinya untuk menghulurkan bantuan dan meringankan beban mereka yang terjejas sepanjang PKP yang dilanjutkan bagi tempoh dua minggu lagi.

Selain Faizal, beberapa selebriti turut berganding bahu menghulurkan bantuan dalam pelbagai cara antaranya penyampai radio Haniff Hamzah, Radin dan Siti Elizad, pelakon Zizan Razak, usahawan Vivy Yusof serta ramai lagi. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber; GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "COV1D-19: Faizal Tahir Cari 100 Keluarga Yang Perlukan Bantuan Barangan Dapur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*