Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya

Kemunculan seorang wanita dipercayai warganegara asing secara tiba-tiba di Menara One City menyebabkan suasana agak kel4m kabvt dan kec0h seketika sebaik sahaja dia mendedahkan latar belakangnya.

Seperti yang umum ketahui, Menara City One merupakan lokasi ketiga kerajaan melaksanakan PKPD atau Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan.

Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini mengesahkan terdapat diantara 17 kes posit1if C0v-19 di kawasan yang terletak di Jalan Munshi Abdullah di ibu negara dipercayai ada kaitan dengan indeks kluster tabligh Masjid Sri Petaling.

Para pengamal media yang berkampung di situ sejak 8 pagi tiba-tiba dikejuutkan dengan kemunculan wanita berjubah hitam itu sekitar jam 2.30 petang.

Dia yang menaiki Grab dilihat menjinjing dua beg plastik seperti mahu menghantar sesuatu namun telah diminta oleh pasukan keselamatan yang bertugas 24 jam di situ supaya menunggu.

Suasana agak kec0h apabila wanita itu memberitahu bahawa dia adalah penghuni di situ dan menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada petugas kesihatan yang juga ditugaskan di lokasi berkenaan.

Kelihatan petugas kesihatan memeriksa suha badan wanita berkenaan sebelum mengiringi beliau masuk ke bangunan tersebut.

AMBULAN SAMPAIa

Wanita misteri dilihat menaiki ambulans ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara City One, Kuala Lumpur

Selang sejam kemudian kelihatan ambulans Kementerian Kesihatan tiba di perkarangan Menara City One dan tidak lama selepas itu iaitu kira-kira jam 3 petang wanita itu dilhat dibawa ke dalam ambulans dengan kawalan keselamatan begitu ketat.

Difahamkan wanita itu merupakan susp3ek C0v1d -19 yang telah dikuarantin selama dua minggu di sebuah pusat kuarantin.

Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan dari pusat tersebut dan bertindak mengambil Grab untuk pulang sendiri ke kediamannya di Menara City One.

Dia juga dipercayai mempunyai keluarga di kondominium itu namun tidak dapat dipastikan lokasi mana beliau dibawa selepas meninggalkan kawasan yang telah diisytiharkan PKPD itu.

Dengan pelaksanaan perintah itu,

* Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

* Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

* Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan di menara itu.

* Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar di lobi keselamatan pintu utama menara.

* Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

* Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Malaysia Gazette via MB

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*