COV1D-19: Keluarga ‘Tiktok’ sudah sembuh

KUALA LUMPUR: Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecem4san dan Travma, h0sp1tal Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif c0v1d-19, kini disahkan sudah sembuh.

Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam tadi.

Dalam satu kiriman, beliau berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen, “Finally c0v1d free!!”.

Sebelum itu, beliau memuat naik video TikTok yang menyaksikan mereka sekeluarga menukar pakaian h0sp1tal kepada pakaian biasa.

“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat h0sp1tal,” tulisnya.

Sementara itu, dalam perbualan dengan Bernama di Twitter, Erika Syamim, berkata mereka disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“We have to (adhere) to strict quarantine. Food and raw materials will be sent to us by authorities,” katanya. (Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami).

Erika Syamim dan empat adiknya yang berusia antara 8 dan 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok mereka yang sedang dikuarantin di h0sp1tal.

Dalam pada itu, katanya, mereka sekeluarga kini dalam proses mencuci dan nyah kumah kediaman mereka.

“Sekarang kami luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yang sihat) di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai peny4kit ini),” katanya.

Erika Syamim berkata selepas tamat kuarant1n 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas dan mereka boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga. – BERNAMA

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "COV1D-19: Keluarga ‘Tiktok’ sudah sembuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*