“Dah Transfer Lebih, Tapi Minta Lagi…”- Selesai Sumbangan RM50,000, Man Raja Lawak Dedah Sikap Penerima

Pelawak Man Raja Lawak bersyukur akhirnya niat untuk mengagihkan sebahagian wang kemenangan program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019), RM50,000 kepada individu memerlukan selesai.

Sumbangan itu diagihkan hanya dalam masa empat hari bermula 31 Mac lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

4 hari setelah 50k dalam kenangan.

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Hasil kerja amal yang dilakukan itu, Man telah membuat lebih sepuluh kesimpulannya.

“Assalammualaikum, kesimpulan saya untuk sumbangan RM50,000 ini adalah:

“1.Ramai yang reda bukan rezeki mereka.

“2. Ada DM (mesej peribadi), tapi setelah dibaca tidak cukup syarat.

“3. Cerita Panjang-panjang tapi tiada maklumat lengkap.

“4. Amaun (minta) yang luar biasa.

“5. Amuan kecil tapi DM saya tak sempat buka.

“6. Dah transfer lebih tapi minta lagi.

“7. Banyak soal jawab kerana tiada informasi.

“8. Tak peka status update dari semasa ke semasa.

“9. Tak sabar dan terlalu mengharap.

“10. Detail semua lengkap tapi tak sempat buka.

“11. Bukti dan profile tak sama.

“12. Ada yang dah DM di IG tapi cuba juga pujuk menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sekian, harap anda puas hati dengan alasan saya yang hin4 ini,” tulisnya.

Man berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terdahulu, Man menerusi status di Instagram mengumumkan menyumbang sebahagian wang kemenangan program Maharaja Lawak 2019 (MLM 2019) sebanyak RM50,000 kepada individu kurang berkemampuan.

Pada MLM 2019 lalu, Man yang menganggotai kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dah Transfer Lebih, Tapi Minta Lagi…”- Selesai Sumbangan RM50,000, Man Raja Lawak Dedah Sikap Penerima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*