‘Ada Pihak Pertikai Man RajaLawak Tak Bantu Artis’ Ini Yang Man Buat Pada Kawannya Buat Ramai Tak Sangka

Penulis rasakan tidak perlu untuk kita bertelegah lagi isu bantuan yang perlu disumbangkan dan juga siapa yang selayaknya terima bantuan dari kerajaan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan sengaja dilaksanakan.

Matlamat utama adalah untuk menjaga kesihatan rakyat daripada dij4ngkiti Cov1id-19. Sehubungan dengan itu, kerajaan sudah pun peka kesan yang bakal dihadapi terutama mereka yang mengharapkan gaji hari.

Disebabkan itu lah wujudnya bantuan Prihatin yang diberikan mengikut taraf pendapatan rakyat. Kita seharusnya tidak boleh bergantung harap kepada bantuan ini semata-mata kerana sehingga kini tidak dapat dipastikan berapa lama lagi keadaan waba4k akan reda.

MASIH ADA PERTIKAI, MAN TAK BANTU RAKAN ARTIS

Antara yang tampil kedepan mengambil inisiatif sendiri adalah pelawak tanah air, Man Raja Lawak. Namanya mula disebut netizen sejak akhir-akhir ini berikutan niat baiknya dalam membantu pihak yang hilang punca pendapatan ketika PKP.

Tak semua yang kita lakukan dapat memuaskan hati semua pihak. Ura-ura ada mulut mempertikaikan tindakan Man yang tidak membantu rakan artis yang susah. Sehubungan itu, tampil rakan baik buka cerita sebenar.

Sumber Twitter
Sumber Twitter

MAN BANK IN DUIT SECARA SENYAP-SENYAP

Al kisahnya Man ni bantu rakan Raja Lawak secara diam. Dia menyalurkan sumbangan duit kepada rakan-rakannya tanpa memberitahu mereka. Juga pelawak, Caca turut menceritakan peribadi Man yang mungkin peminat tidak tahu selama ini.

“Antara kawan yang paling rapat dengan aku @manrajalawak aku bangga dengan sahabat aku sorang ni, dengan apa yang semua orang tahu dia buat. Aku harap Allah sentiasa menjaga dan merahmati dia.”
“Hidup ni sebuah perjalanan bukan pelarian. Just nak bagi tau yang aku bukan pelarian tu @manrajalawak.”
“Jaga diri sahabat. Semoga semua usaha murni hang di berkati Allah. Amin.” Kongsi Caca di instagramnya.
Sumber Instagram

TAK TAYANG KEBAIKAN

Melihat kepada reaksi peminat, mereka tidak menyangka perihal peribadi Man Raja Lawak yang tidak menunjuk amalan yang dilakukan. Tak seperti sesetengah pihak pula sengaja menayangkan kebaikan di media sosial.

Semoga usaha baik Man ini menjadi contoh untuk kita semua dalam membantu mereka yang memerlukan tatkala PKP.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Meecks.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Ada Pihak Pertikai Man RajaLawak Tak Bantu Artis’ Ini Yang Man Buat Pada Kawannya Buat Ramai Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*