PU Abu buat TikTok sindir menteri, Sekali Kena Sound Dengan PU Amin

Bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan hari ini memuat naik rakaman aksi menari aplikasi TikTok di akaun Instagram miliknya.

Tindakan itu dibuat bagi menyindir Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Noraini Ahmad yang menganjurkan pertandingan bagi menyerlahkan daya kreativiti dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Kapsyen (keterangan) tu lebih kepada memerli1 tindakan menteri Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, Abu memuat naik kenyataan itu sebagai memberi penjelasan selepas rakaman TikTok – melalui hantaran berbeza – dilihat ‘memak4n’ diri sendiri.

Semalam, Abu memuat naik video TikTok bersama beberapa individu lain termasuk seorang kanak-kanak dipercayai anggota keluarganya sambil menari dengan penjelasan tarian berkenaan sebagai menyahut cab4ran menteri.

“Bersempena saranan Menteri Pengajian Tinggi kita, saya menyahut untuk buat cabaran TikTok yang mungkin melambangkan kecerdikan saya dalam akademik. Jangan lupa untuk sahut cab4ran ini ye korang,” katanya.

Dalam keterangan sama, Abu turut menjelaskan, tindakannya itu sebenarnya untuk suka-suka selain meminta orang ramai agar tidak salah faham.

“Kadang-kadang TikTok ni saja boleh asah daya kreativiti anda malah boleh merapatkan hubungan silaturrahim,” katanya.

Namun, pengguna alam maya berpendapat, sikap Abu berkongsi video TikTok sebenarnya tidak wajar disebabkan gelaran Pencetus Ummah yang disandangnya.

Turut menjadi pertik4ian apabila Abu menggunakan nama Pencetus Ummah Abu untuk aplikasi akaun TikTok miliknya itu.

“Buanglah username Pencetus Ummah kau tu Abu. Kau tak layak,” kata pengguna akaun @nickfyrooz.

Mengulas perkara itu, Abu berkata, dia sebenarnya malas untuk menyunting nama akaun berkenaan kerana ia telah diatur secara automatik.

“Bab nickname tu aku malas nak sunting sebab automatik ikut aku punyai Apple ID.

“Aku buat untuk suka-suka, baru muat turun dua hari lepas nak happy, happy dengan keluarga katakan,” katanya yang pada masa sama memohon maaf seandainya perkongsiannya itu menc3tus rasa kurang senang banyak pihak.

Noraini sebelum ini menerima kecaman hebat selepas mempromosi pertandingan TikTok bagi menyerlahkan daya kreativiti dalam kalangan pelajar IPT .

Pengguna Internet menyifatkan perkara itu tidak harus menjadi keutamaan menteri, malah tidak bersesuaian apabila masyarakat Muslim menyambut malam Nisfu Syaaban.

Selepas mengundang rasa tidak senang ramai pihak, hantaran yang dimuat naik di media sosial Noraini itu kemudian diturunkan.

“Jangan bertiktok waktu b3ncana”

Isi masa yang ada dengan zikir, ibadah, selawat dan baca Al Quran. Jangan isi masa bosan dengan perkara sia sia. Kalau nak rekod video joget, boleh, tapi hanya dilihat oleh mahram kita. Kita saling berpesan, kerana waktu bencana bukan waktu berseronok, waktu b3ncana adalah waktu untuk bermuhasabah. Yakinlah, bila kita tinggal perkara sia sia yang biasa kita buat Allah akan berikan kasih sayang nya pada kita. Saya berpesan pada diri saya yang serba jah1l ini .

Sementara itu, Pencetus Ummah (PU) Amin turut memberi nasihat buat masyarakat agar jangan terlalu berseronok ketika waktu benc4na sebegini. Tambahnya, buat masa sekarang masyarakat seharusnya mengisi masa lapang dengan berzikir, selawat dan membaca Al-Quran dan tidak melakukan perkara sia-sia.

TikTok boleh r0sakkan penggunaan bahasa – PKAUM

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) menyifatkan cadangan penggunaan aplikasi TikTok boleh mer0sakkan penggunaan bahasa di kalangan belia.

Setiausaha PKAUM Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz berkata deikian sebagai merujuk cadangan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad sebelum ini.

“PKAUM membantah sekeras-kerasnya cadangan penggunaaan aplikasi TikTok yang bukan sahaja mer0sakkan penggunaan bahasa tetapi juga melekakan, lantas tidak membantu membentuk individu cemerlang dan proaktif yang menjadi aspirasi sesebuah negara maju dan membangun seperti Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Noraishah, Noraini sebagai menteri pengajian tinggi sepatutnya iaitu memastikan mekanisma pembelajaran efektif berterusan boleh dilaksanakan di setiap kediaman dan ruang pengasingan mahasiswa dan pasca-ijazah semasa tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

“Di antaranya ialah memastikan kelengkapan, infrastruktur serta jalur gelombang internet mencukupi untuk penggunaan semua warga IPT merangkum pelajar, pensyarah dan guru bagi membolehkan matlamat dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian dilaksanakan dengan komprehensif dan berkesan.

“Kekangan yang dihadapi oleh seluruh warga IPT (institusi pengajian tinggi) dengan bilangan keluarga dan saiz kediaman yang berbeza dalam melaksanakan kerja dari rumah juga perlu dihargai dan dipertimbangkan.

“Banyak yang perlu diselesaikan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna,” katanya.

Noraishah juga menyorot bahawa penggunaan aplikasi Zoom oleh ramai warga IPTA/S menyebabkan data dicvri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: PU Abu & PU Amin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: M.B

Apa komen anda?

Be the first to comment on "PU Abu buat TikTok sindir menteri, Sekali Kena Sound Dengan PU Amin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*