Saya Pernah Masuk Mahkamah, Disaman Banyak Kali Dan Saya Tak Kalah – Abu Syafiq

Beberapa hari lalu pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq telah memaklumkan bahawa laman Facebooknya telah digodam pihak tertentu.

Ia susulan perdebatan hangat di kalangan warganet yang tidak bersetuju dengan komen beliau sebelum ini yang mempertika1kan kerja amal kemudian dikongsi dilaman sosial yang menurutnya har4m kerana mengaiibkan golongan miskin.

Ramai merasakan status itu ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew.

Meskipun tampil dengan penjelasan dan mengatakan beliau tidak menyatakan secara khusus kepada Ebit Lew, namun masih ramai yang tidak berpuas hati dengan Abu Syafiq.

Tidak lama selepas itu, Facebook beliau hilang dari radar. Tidak dapat dipastikan disebabkan digodam atau dipadam oleh pihak Facebook.

Abu Syafiq kemudian tampil aktif di Instagram beliau. Salah satu perkongsian beliau adalah mahu terbabit dalam aktiviti kerja amal.

Namun menariknya, beliau meletakkan syarat tidak boleh mengambil gambar individu yang dibantu, selaras dengan hujah beliau bahawa har4m mengaiibkan orang miskin yang dibantu.

Saya pernah masuk mahkamah

Terbaru, Abu Syafiq berkongsi status baru bagi meluahkan perasaan beliau selepas tervk dikec4m oleh warganet.

” Saya Tidak Pernah TERSANDAR Tidak Pernah Mengeluh!

” Inilah saya. Perjuangan ASWJ jelas. Hujjah pedas. Dihiina dic3rca tak pernah saya balas. Cakaplah apa sekalipun. Ia ibarat angin yang berlalu seketika akhirnya meninggalkan kita jua.

” Saya pernah masuk mahkamah, disaman banyak kali dan saya tak kalah, dihalang mengajar oleh pro Wahhabi and Syiah tapi saya cari tempat Ahli Sunnah.

” Keluarga saya jangan cakaplah. Memang ada kesan. Saya tak kisah. Sebab bila saya duduk bersama dengan keluarga saya mesra dan bergelak manja.

” Kami semua ok sahaja. Kenal saya. Tegas dengan hujjah. Tak pernah kalah tak pernah tersungkur tak pernah tersandar tak pernah mengalah. Itu saya selalu semat dalam diri.

” Halang sini saya kesana. God4m FB saya saya bukak IG. M4ki saya saya senyum. Kerana saya tahu insan terbaik akan diuji selamanya.

” Saya teruskan…ya..saya teruskan..ya pasti saya teruskan…. Saya tidak akan tersandar dan tidak pernah mengeluh…kata ni kusemat dalam2.. Kita Mesti Menang!

Sementera itu, Abu Syafiq turut berpesan dengan individu yang cuba melaga-lagakan beliau dalam entri berasingan.

” Perjuangan ini kan ku teruskan. Aku tidak kecewa sedikitpun untuk terus kehadapan. Langkahku makin maju kehadapan…

” Ku tutup telingaku agar tidak mendengar cerc4an insan-insan pendengk1 dan melaga-lagakan daku.

” Jihad Ahli Sunnah Wal Jamaah Hakiki kan ku teruskan tidakkan pudar sedikitpun!

 

Komen tentang akaun palsu atas nama beliau

Sementara itu, Abu Syafiq turut mengulas isu berhubung individu yang mewujudkan akaun palsu atas nama beliau dan meninggalkan komen ftnah

Ketika dihubungi, kata Abu Syafiq, dia belum boleh membuat laporan polis kerana kini sedang “menjalani kuarantin”.

Kata Abu Syafiq lagi, isu itu sebenarnya merupakan isu kecil dan timbul akibat tindakan segelintir warganet yang tidak berpuas hati dengannya, dan sengaja melaga-lagakannya dengan Ebit.

” Benda ini bagi saya kecik jer..sebab mainan dengan beberapa orang yang melaga-lagakan dan tak puas hati. Mereka memftn4h saya dengan seorang ustaz yang saya tak pernah jumpa pun ustaz tu”

” Biasalah, ujian kecik sangat. Nanti masuk ramadhan boleh buat ‘Page’ facebook baru. Saya akan rasmikan atau sekarang boleh layari Instagram saya” tulis Abu Syafiq.

Tangkap layar berkenaan bagaimana ditandakan dengan penaf1an “palsu”.

Terdahulu Abu Syafiq mengeluarkan beberapa kenyataan yang dikatakan ditujukan buat Ebit Lew, selepas Ebit memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah baru-baru ini.

Abu Syafiq mempertikai tindakan memuat naik gambar dan video orang miskin di media sosial yang menurutnya memalukannya dan membuka aiib serta har4m di sisi Islam.

Berdasarkan carian Malaysiakini sebentar tadi, laman Facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary sudah tidak dapat ditemui buat masa ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lamanhiburan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Saya Pernah Masuk Mahkamah, Disaman Banyak Kali Dan Saya Tak Kalah – Abu Syafiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*