Gambar Ebit Lew berbuka bawah lori tarik perhatian

Selepas membantu sebuah keluarga mendapatkan rumah dan membeli barang-barang perabot rumah, Ustaz Ebit sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar berbuka di di rnr bersama abang-abang lori. Melihat Ebit berbuka dibawah lori mengundang sayu ramai

Berikut perkongsian dari Ustaz Ebit

“Bahagia itu di hati. Terima kaseh ya Allah. Pagi-pagi lepas Sahur keluar rumah ke Utara. Menangis tengok keluarga yang tabah dan baik mulia diuji tinggal di pondok kecil macam khemah jer selama setahun. Ya Allah..

Cepat-cepat cari rumah dengan mereka dan terus pindah. Saya terus bayarkan sewakan rumah dan cari kedai perabot beli perabot terus pindahkan mereka. Hati terus rasa bahagia. Syukur. Cepat juga tadi. Semuanya rasa mudah walau ada ujian melanda.

Petang ni Berbuka di RNR. Lain macam berbuka bawah lori. Join abang lori berbuka. Beginilah hidup. Hidup untuk Allah sayang. Senyuman adik tadi buat hati ini hidup kembali walau penat”-ebitlew

Berikut reaksi netizan bahkan ada yang kongsi gambar Ebit sedzng berbuka di bawah lori

“Semua Ustaz Ebit Liew sentiasa dirahmati…amin”

“Seronok tengok ustaz berpenat2 buat kebaikan kat dunia untuk ganjaran kat akhir4t”

“Alhamdulillah..kami sayang ustaz..kami akan sentiasa menyokong kebaikan yg tlh ustaz berikan..semoga ustaz diberi kesihatan yg baik&dipermudahkan segala urusan ustaz dunia&akhir4t…Aamiin”

“Tatkala org lain berbuka dgn juadah yg mewah,duduk bersama keluarga….Ustaz Ebit Lew hanya berbuka ala kadar ditepi lori….Ya Allah kau permudahkanlah urusan Ustaz Ebit Lew dan team beliau walau dimana mereka berada….Aminnn “

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MB

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Gambar Ebit Lew berbuka bawah lori tarik perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*