Bila Abdul Hadi Awang Mula Bersuara Isu R0hingya. Ini komen Yang Tak Disangka2 Dari Anwar

Menurut presiden PAS itu, Islam menekankan kepentingan aspek itu tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit pihak yang dizali1mi Malah katanya ajaran itu wujud sebelum adanya piagam antarabangsa.

Sesiapa saja yang dizal1mi, kata Abdul Hadi Awang, wajar dilindungi kerana itulah ajaran dianjurkan Islam.

“Berdasarkan realiti tersebut, sepatutnya masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan sahaja kelakuan kerajaan Myanmar menyekat hak beragama dan berpolitik kepada rakyatnya sendiri di tanah air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu lagi, langkah yang perlu diambil ialah menghalang pengh4pusan etnik dan paks4an ke atas rakyat Rohingya kerana faktor agama dan kaum oleh kerajaan Myanmar, bukannya menghalalkan tindakan kerajaan negara itu dengan membuka pintu untuk terus dihal4u dan dijadikan pelar1an.

Panglima ayam jantan

Pada masa sama Abdul Hadi menyarankan pihak yang mengkrit1k “hanya pandai mengkrit1ik” dalam isu berkenaan agar melihat diri sendiri dan memahami sejarah asal-usul mereka.

“Inilah konsep Islam terhadap pelarian tanpa mengira agama dan bangsa.

“Semua pihak yang hanya pandai mengkritik sepatutnya menyuluh diri sendiri terlebih dahulu dan mengkaji sejarah di tempat asal mereka, bagaimana cara bertindak terhadap pelarian dan apakah layanan mereka terhadap pendatang.

“Jangan bercakap setelah hilangnya kuasa, laksana panglima ayam jantan yang hanya kuat berkokok sahaja,” katanya.

Sibuk hadapi kr1isis dalaman

Bagaimanapun Abdul Hadi tidak menyatakan secara jelas pihak atau kumpulan yang dirujuknya sebagai perlu melihat kembali sejarah dan hilang kuasa itu.

Isu Rohingya kembali melatari politik negara ini ekoran insiden pihak berkuasa memintas bot membawa kira-kira 200 pelarian dari Myanmar baru-baru ini.

Ia menghidupkan semula polemik mengenai kewajaran kerajaan menerima pendatang terbabit atas dasar kemanusiaan atau membiarkan mereka kembali ke laut.

Hari ini beberapa pemimpin kanan PAS tampil memberi kenyataan mengenai isu berkenaan.

Abdul Hadi menambah berdasarkan realiti semasa masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan saja kelakuan Myanmar yang menyekat hak beragama dan berpolitik rakyatnya.

Katanya dasar menerima pendatang adalah tindakan kemanusiaan dan bersifat sementara saja namun wajib ditanggung secara bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukan Malaysia saja.

Ahli parlimen Marang itu juga mengingatkan PAS bersama BN sebelum ini pernah bersama untuk menangani isu pelarian Rohingya walaupun pada ketika itu mereka berada di pihak bertentangan.

Hanya Suara Dr Mahathir

“Ini tidak sama seperti PH (Pakatan Harapan) yang hanya kedengaran suara Dr Mahathir Mohamad keseorangan di mimbar PBB, tetapi PH lebih sibuk menghadapi kri1sis dalamannya kerana menanti Mahathir meletakkan jawatan,” katanya lagi.

Anwar: Pemimpin Perlu Pertahan Rohingya, Bukan Ikut Sentimen Rakyat

Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyeru pemimpin negara mengambil pendirian tegas mengenai isu pelarian Rohingya dan bukannya mengikut sentimen rakyat semata-semata.

Dalam sidang video yang disiarkan di Facebook malam tadi, beliau berkata tidak ada beza apa yang berlaku ke atas pelarian Rohingya dengan kezali1man yang berlaku di Palestin.

Beliau mengulas mengenai kritikan orang ramai kepada pelarian Rohingya yang dipercayai berpunca daripada berita palsu mendakwa etnik itu menuntut hak sama rata dan kerakyatan Malaysia.

Anwar berkata pemimpin politik yang dulu “riuh-rendah” berucap di perhimpunan menyokong Rohingya agar tidak berdiam diri.

“Saya harap orang lama pun cakap pasal ni… pemimpin pun janganlah berdiam diri.

“Dulu sanggup buat perhimpunan, gantung sepanduk bukan main riuh rendah satu stadium… sekarang semua senyap sebab rakyat tengah m4rah.

“Memang betul, politik ini kena ikut selera rakyat, tapi mesti pertahankan yang hak, dan ini soal kemanusia1an,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: M.B

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bila Abdul Hadi Awang Mula Bersuara Isu R0hingya. Ini komen Yang Tak Disangka2 Dari Anwar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*