Selepas Terungkai Mister1 42 Hari Hilang Tanpa Berita Ini Kejadian Pelik Ketika Arwh Dijumpai

“TIMBUL tanda tanya di kalangan kami sekeluarga kerana ketika may4t arwh ditemui selepas 42 hari hilang tanpa khabar berita, motosikal yang ditunggang arwh tiada bersamanya,” kata Ahmad Alaudin Mustafa, 67, bapa kepada Ahmad Farid, 19, yang maytnya ditemui orang awam di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dekat Nilai, pada 12 tengahari, Sabtu lalu.

Pesara kerajaan yang enggan bercakap panjang kerana sed1h dengan pemerg1an anaknya itu berkata, timbul persoalan dimana motosikal berkenaan sedangkan may4t anak bongsu dari lima beradik itu sudah dapat dikesan.

Menurutnya, arwh dipercayai pergi ke Ampang pada malam 13 Mac lalu untuk meraikan hari jadi rakan dan dimaklumkan sudah bergerak pulang semula ke Melaka pada sekitar 3.30 pagi.

“Bagaimanapun motosikal yang ditunggang arwh tiada bersama ketika maytnya ditemui.

“Timbul tanda tanya sama ada arwh kemal4ngan atau sebagainya,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ), di sini, hari ini.

Beliau bersama tiga orang anaknya tampil ke jabatan itu bagi membuat pengecaman terhadap jen4zah Ahmad Farid serta menuntut membawa balik jen4zah itu bagi urusan pengebum1an di Melaka.

Sementara itu kakak arwh, Nur Syafiqa, 23, keluarganya berasa sedi1h dan p1ilu kerana lebih 40 hari mencari Ahmad Farid termasuk mengedarkan gambar arwh di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), tetapi masih gagl mengesannya.

Menurutnya, usaha itu dilakukan selepas adik bongsu daripada lima beradik itu hilang dan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada malam 13 Mac.

“Ketika itu, kami sekeluarga tidak menerima sebarang maklumat daripada pihak berkuasa atau sebarang petunjuk tentang arwh selepas laporan polis dibuat di Balai Polis Durian Tunggal pada 16 Mac dan laporan kali kedua pada 22 Mac.

“Dalam keadaan pergerakan terbatas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac, kami terus berusaha apabila kakak pergi mencari di Kuala Lumpur selain mengedarkan gambar arwh di R&R.

“Kami sekeluarga turut mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat supaya mendapat petunjuk dari Allah mempertemukan arwh. Kami sekeluarga tidak menyangka apabila diberitahu mayt arwh ditemui di lebuh raya,” katanya.

Nur Syafiqa berkata, Ahmad Farid baharu sahaja bekerja disebuah syarikat mengeluarkan komponen kapal terbang di Melaka.

“Arwh memang pendiam sedikit dan rakannya adalah dari kalangan jiran serta saudara mara terdekat. Arwh juga bukan seorang yang suka keluar rumah atau suka melepak sebaliknya seorang anak yang mendengar nasihat selain sentiasa bersama keluarga.

“Pada hujung minggu dan hari tidak bekerja, Ahmad Farid selalu balik ke kampung asal di Bachang, Melaka kerana di sana ramai saudara mara,” katanya.

Nur Syafiqa berkata, jenaz4h adiknya itu akan dikebum1kan di Tanah Perkubvran Islam Durian Tunggal, lewat petang ini.

Dalam laporan media semalam, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, may4t mangsa yang sudah repvt dan tinggal r4ngka ditemui di dalam longk4ng di lokasi kejad1an.

Beliau berkata, turut ditemui satu beg galas dan terdapat satu beg pinggang warna hitam, bagaimanapun tiada kenderaan ditemui berhampiran dengan tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan mangsa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Terungkai Mister1 42 Hari Hilang Tanpa Berita Ini Kejadian Pelik Ketika Arwh Dijumpai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*