Isu Orang Rohingya, Ini pesan Tun M Yang Mengejuutkan Ramai

Dr Mahathir menerusi catatan terbaru di laman blognya chedet.cc berkata, negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seharusnya bertindak untuk menghentikan kezal1man oleh Myanmar.

Dr Mahathir berkata beliau sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya sedangkan pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya dan golongan itu pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati tersebut.

“Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benc1, ” katanya.

Janganlah kita benc1 kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezali1man, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita sepatutnya kec4m Myanmar dan (Kaunselor Negara Myanmar) Aung San Suu Kyi kerana kezal1man mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.

“Kita juga perlu meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Myanmar. Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia, ” katanya.

Negara ini, kata Dr Mahathir, telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian dan mereka sepatutnya pergi ke negara lain dan negara lain juga perlu buka pintu mereka. – BERNAMA.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Isu Orang Rohingya, Ini pesan Tun M Yang Mengejuutkan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*