Sedang Diuji, Tak Ada Duit Untuk Buat Bayaran? Ogy Ahmad Daud Buka Mulut, Perjelas Isu Hutang Teater

Ogy tidak perlu diperkatakan lagi. Nama sebenar pelakon veteran ini ialah Fauziah bt Ahmad Daud, dilahirkan pada 10 Oktober 1962 di Singapura. Penglibatannya dalam dunia seni hiburan sangat banyak.

Bermula dengan filem, drama, persembahan teater dan juga pengacaraan. Boleh dikatakan bagi apa sahaja tugasan, sudah pasti pelakon veteran ini dapat menjayakannya dengan baik sekali. Ogy antara salah seorang anak seni yang lantang bersuara dalam dunia hiburan.

OGY TAK BAYAR PENULIS SKRIP

Dalam perkembangan terbaru, nama Ogy hangat diperkatan umum setelah penulis skrip teater “Komedi Korupsi Dewan Senandung” iaitu Aloy Paradoks ada mendedahkan dia belum menerima bayaran tunggakan daripada penerbit, iaitu Ogy.

Biar pun pementasan teater tersebut sudah selesai sejak Mac yang lalu lagi, namun Ogy masih berdiam diri.

Setelah Aloy Paradoks ada memuat naik di laman Facebooknya berkaitan isu ini, Ogy akhirnya tampil mengakui perihal tunggakan bayaran.

Enggan menjadi terus melarat, Ogy memberitahu yang keadaannya sama macam manusia lain, tidak dapat lari daripada diuji sejak kebelakangan ini. Tambahan pula dengan wab4k Covi1d-19 yang sedang melanda, sedikit sebanyak telah mengganggunya.

SEDANG BERUSAHA SELESAIKAN BAKI BAYARAN

Tambah Ogy lagi, dia selaku penerbit sedang berusaha untuk menyelesaikan bayaran baki terhadap Aloy Paradoks. Cuma keadaan sekarang tidak menyebelahi dirinya.

Dia memberitahu dia ada membuat bayaran sebanyak 30 peratus kepada Aloy dan juga Rayza Mukmin dan bukan lah tidak membayar langsung. Cuma selebihnya sedang diusahakan.

HUTANG WAJIB DIBAYAR, TAK ANGGAP MEREKA SEBAGAI PEMINTA SEDEKAH

Ogy menegaskan bahawa dia langsung tidak menganggap mereka sebagai peminta sedekah. Bila disapa soal hut4ng, sudah semestinya ia wajib dibayar. Dalam pada itu lagi, kedua belah pihak masih belum bertemu untuk membincangkan isu ini.

“Ini saya kena beritahu, bukan saya tak bayar langsung ya! Saya dah beri 30 peratus dan baki masih belum dilunaskan lagi kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.”
“Saya tak pernah anggap mereka macam peminta sedekah kerana apabila sebut soal hutang semestinya wajib dibayar! Saya sedar mengenai hal itu.” Memetik kenyataan Ogy kepada mStar Online.

Dengan keadaan semasa kini, masing-masing berhadapan dengan tempoh sukar. Sama-sama kita doakan agar kedua belah pihak dapat menyelesaikan cara baik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit: mStar Online via meccks

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sedang Diuji, Tak Ada Duit Untuk Buat Bayaran? Ogy Ahmad Daud Buka Mulut, Perjelas Isu Hutang Teater"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*