Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan pengacara Nabil Mahir selamat bertunang meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Ini kerana, Ayda Jebat dan jejaka pilihannya telah memilih untuk melakukan majlis bahagia mereka itu secara online.
Untuk rekod, Nabil Mahir telah melamar pelakon drama Bukan Gadis Biasa ini ketika hari ulangtahun kelahirannya pada Mac lalu dan beberapa hari lepas pula mereka memilih untuk bertunang pada hari ulang tahun Nabil Mahir pula.
Berikutan itu juga, Ayda Jebat yang menjadi tetamu jemputan di JoHaRa PKP Era turut menerima soalan daripada tiga gandingan penyampai radio terkenal iaitu Johan, Haniff dan Ray.
Temu bual mereka bersama turut dikongsikan menerusi laman Instagram Era dimana dia berkongsi bagaimana foto mereka kelihatan bersama meskipun perlu melangsungkan majlis pertunangan secara online dan ternyata itu merupakan perancangan Ayda Jebat sendiri.
Dalam pada masa yang sama, Ayda Jebat turut berkongsikan saat-saat majlisnya berlangsung dan video temu bual penyanyi ini mendapat perhatian ramai sehingga meraih ribuan tontonan.
Ayda Jebat nangis bila Johan nyanyi
Walau bagaimanapun, Ayda Jebat dilihat tersentuh sehingga menangis apabila mendengar Johan menyanyikan lagu Selamat Pengantin Baru buatnya dan ianya juga membuatkan peminat turut tersentuh.
Selain Ayda Jebat nangis, apa yang menjadi perhatian juga, Johan sempat menyelitkan nasihat rumah tangga buat Ayda Jebat dan itu turut menarik tumpuan pendengar.
Selain terhibur dengan gelagat sporting Ayda Jebat bersama penyampai radio Era ini, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai maklum balas dimana menerusi perkongsian berkenaan juga mendapat ribuan tanda suka.
Sumber: Ayda Jebat, Instagram Era
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Gara2 Johan, Ayda Jebat Menangis Disebabkan Hal Ini"