PENGACARA dan penceramah motivasi, Amin Idris, 39, bersyukur apabila keputusannya untuk tidak meminta maaf dan membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta kepada Ustaz Abu Syafiq mendapat sokongan masyarakat.
Ia susulan daripada tuntutan dibuat Abu Syafiq selepas status dimuat naik Amin di laman sosial pada Sabtu lalu membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan reputasi.
Amin ketika dihubungi berkata, dia berbuat sedemikian selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada pasukannya dan peguam.
“sy tutup pintu nok gocoh dgn demo”
ilmu yang tidak dijalin dengan akhlak tidak ada nilai
#boikotabusyafiq
Perkembangan terkini selepas lebih 7 hari Abu Shafiq ugut nak saman 1 Juta
Terdahulu, Amin yang mengendalikan program The Amin Idris Show mendedahkan tuntutan yang dibuat Abu Syafiq di semua laman sosial.
Dalam tuntutan dibuat Abu Syafiq menerusi peguamnya menyifatkan status dimuat naik Amin membuatkan Abu Syafiq mendapat menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.
“Hasil daripada ‘posting’ itu, anak guam kami menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat termasuklah ratusan kec4man, ugvtan dan komen-komen yang sinis yang tidak benar, menjatuhkan reputasi dan mencal4rkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada anak guam,” katanya.
Menerusi tuntutan sama, permohonan maaf itu dibuat di semua medium dan mesti diluluskan oleh Abu Syafiq.
Amin diberi masa tujuh hari untuk memohon maaf dan membayar RM1 juta.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: M,B
Be the first to comment on "“Sy tutup pintu nok goc0h dgn demo” Amin dedah masej Abu Syafiq"