Da’i Farhan & Dr. Erin Rancang Nikah Sebelum Ke Makkah, Isteri Pertama Pasang Kompl0t… Mana Fakta Mana Aut4?

Jika sebelum ini, isteri kepada Da’i Farhan, Dr. Erin berkongsi kepada Gempak mereka bertemu dan berpaut cinta di bumi Makkah, lain pula pendedahan terbaharu ini.

Kata Erin, Farhan telah mendapat kebenaran dari isterinya, Fatin Nurul Ain sebelum mereka berangkat untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober tahun lalu.

“Saya menerima pinangan Ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat utk menyembunyikan pernikahan kami. 

“Ustaz telah submit file permohonon poligami pada 10/10/ Ustaz juga berulang alik ke Kedah jumpa ayah saya utk mengisi segala borang yang diperlukan untuk permohonan pernikahan. 

“Ustaz memang ada trip ke Makkah pada 13 Oktober jadi saya buat keputusan untuk pergi umrah sekali dan terpaksa ambil pakej VVIP bilik seorang.

“Setiba je di Makkah Ustaz terus mencadangkan untuk kami nikah terus, saya pun setuju,” cerita Erin pada Selasa.

Selepas dua bulan bergelar isteri muda, mahligai yang dibina Farhan dan Fatin mulai berantakan.

“Selama 2 bulan hidup kami sangat harmoni. Ustaz akan tidur bergilir-gilir rumah saya dan rumah madu selang sehari.

“Saya ingat semuanya okey dan aman damai,” tambahnya.

Selepas kisah perkahwinan mereka tular, pelbagai pihak mula bersuara hingga kata Erin ada yang mula melancarkan kompl0t untuk melihatnya dan Farhan bercer4i.

“Selepas v1ral, saya dan Ustaz dim4ki maha hebat oleh semua orang.

“Orang yang memviralkan kisah kami adalah kawan baik madu saya sendiri. Sudah tentu ini menjejaskan hubungan kami bertiga.

“Dia pernah ajak saya berjumpa tetapi Ustaz tak izinkan.

“Saya nak bagitahu, walaupun selepas kisah kami v1ral Ustaz tetap tak ada terfikir untuk bercer4i dengan madu saya. Walaupun dih1na dim4ki kami cuba sabar tapi kami hanya manusia biasa. 

“Kami juga diuji dengan perasaan marah bila kami tahu ada cubaan dari beberapa individu untuk mencari segala a1b saya dengan tujuan memburvkkan saya kepada semua. 

“Bagaimana kami tahu kompl0t jah4t ini adalah dari telefon madu saya sendiri. Ustaz berjaya merampasnya dan ada banyak mesej perbualan benda ini. 

“Berlaku campur tangan orang luar yang menghasut lebih-lebih mentua Ustaz sendiri yang memaksa untuk mencer4ikan anak mereka,” dedah Erin lagi.

Erin juga turut memaklumkan dia dan Farhan kini telah bercer4i.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Da’i Farhan & Dr. Erin Rancang Nikah Sebelum Ke Makkah, Isteri Pertama Pasang Kompl0t… Mana Fakta Mana Aut4?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*