Dr Erin Dedah Sebab Kenapa Dia Menerima Lamaran Da’i Farhan

Jika sebelum ini, isteri Da’i Farhan iaitu Dr Erin berkongsi khabar gembira bahawa dia disahkan mengandung setelah beberapa bulan mereka mendirikan rumah tangga. Terbaru, menerusi akaun Instagramnya, dia membuat satu pengakuan mengenai kisah disebalik rumah tangganya dan pengumuman bahawa dia dan suami sudah sah bercer4i pada 27 April yang lalu.

Bila saya cakap semua orang tak tahu kisah sebenar, ramai yang mendesak supaya saya ceritakan. Ok hari ni saya akan cerita. Tujuan saya bukan untuk menagih simpati atau untuk menyalahkan sesiapa tapi hanya untuk memberitau cerita dari pihak saya yang selama ni sentiasa dipandang salah. Saya menerima pinangan ustaz kerana saya diberitahu oleh ustaz bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya.

Seperti gambar yang tertera diatas, ustaz telah submit file permohonon poligami pada 10/10 di dalam file ini lengkap semua macam permohonan pasangan yang lain utk poligami. Ustaz juga berulang alik ke Kedah jumpa ayah saya untuk mengisi segala borang yang diperlukan untuk permohonan pernikahan.

Sebab pada saya jika ustaz tak dapat kebenaran tak akan la ustaz pergi submit file because benda tu semua akan jadi buang masa. Kami sampai ditanah Mekah pada 14 hari bulan dan setiba sahaja di Mekah ustaz terus mencadangkan untuk kami nikah terus di Mekah untuk menghalalkan terus, Kerana kami pun dalam process permohonan poligami yang saya ingat ok.

Saya pun setuju. Balik dari Malaysia bermulalah hidup saya sebagai 2nd wife selama hampir 2 bulan (sebelum kes jadi viral pada bulan Dec). Selama 2 bulan ni hidup kami sangat harmoni. Ustaz akan tidur bergilir-gilir rumah saya dan rumah madu selang sehari. Selama 2 bulan ni saya langsung tak tau jika ada masalah di pihak madu saya sebab ustaz tak pernah cerita masalah sana.

Saya memang tidak pernah terfikir pernikahan saya yang harmoni selama 2 bulan tetiba menjadi viral seperti ini. Saya dan ustaz dih1na dim4ki maha hebat oleh semua orang. Jika saya tahu ini yang saya akan dapat dengan bernikah dengan ustaz sumpah saya tak mau terima lamaran ustaz. Lagi-lagi orang yang mengviralkan kisah kami adalah kawan baik madu saya sendiri.

Of coz apa yang jadi (viral) ini effect hubungan kami bertiga. Pertama kali madu Whatsapp marah sehari selepas kami nikah masa kami masih di tanah suci. Ustaz terus delete tak nak saya stress dan ustaz blok madu saya. Ustaz meyakinkan saya yang madu saya redha dengan pernikahan kami cuma kadang-kadang emosi madu bertukar-tukar. Kawan baik madu yang viralkan kisah kami juga perah Whatsapp saya ajak saya berjumpa. Tapi ustaz suruh saya delete dan block saja mesej dia dan tidak izinkan saya untuk jumpa. Saya nak bagitahu, walaupun selepas kisah kami viral ustaz tetap tak ada terfikir untuk bercerai dengan madu saya.

Kami juga diuji dengan perasaan marah bila kami tau ada cubaan dari beberapa individu untuk mencari segala a1b saya dengan tujuan memburvkkan saya kepada semua. Untuk membuktikan yang saya ni perempuan jahat. Bagaimana kami tau kompl0t jah4t ini adalah daripada handphone madu saya sendiri.

Pada 11 Februari lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerna selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia dan dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia tak akan bagi anak dia bermadu.

Saya taka apa, saya redha jika ini ujian saya untuk kehilangan orang saya sayang dari saya tengok orang saya sayang susah hati rindu anak baik saya mengalah. So sejak dari bulan 2 lagi saya sudah tidak mengharapkan apa-apa dari ustaz just tunggu masa nak dicer4ikan saja. Dari bulan 2 nak cer4i ada saja masalah datang tertunda tunda sampai la saya memang nekad nak akhiri pada bulan Ramadhan ni demi kebaikan semua. Tapi dah tahu pregnant pula. Tapi saya nekad dengann keputusan saya untuk akhirinya juga.

Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai pada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik utk kami bertiga. Kerna saya tahu pihak sana juga tak boleh move on. Perceraian ni saya yang minta sebab saya dah penat dgn episod kejap kata nk rujuk sana dan nak ceraikan saya, kejap tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya.

Jadi saya harap selepas ni tolong jangan kaitkan lagi ustaz dengan saya. Akhir kata saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terguris hati dan terkesan atas pernikahan saya dengan ustaz. Saya tak minta jadi macam ni. Saya terima lamaran ustaz dulu kerana ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam diri ustaz masa tu dan saya sangat berharap ustaz boleh membawa saya ke syurga.

Sumber: Dr Erin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dr Erin Dedah Sebab Kenapa Dia Menerima Lamaran Da’i Farhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*