Baru 5 Bulan Kahwin, DS Eizlan Yusof Dedah Tentang Rumah Tangganya Buat Ramai Tak Sangka

Hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa gembira isterinya, Datin Seri Natasha Rosa semakin mendalami agama Islam. Malah, Eizlan berkata isterinya sudah tahu mengerjakan solat dengan baik.

Menurut Eizlan, isterinya sangat rajin untuk mengambil tahu tentang agama dan selepas ini akan memasuki kelas agama untuk mendalami lebih mendalam lagi. Eizlan berkata tahun ini sangat bermakna kerana tidak lagi menyambut Ramadan sendirian.

“Selain itu, dia juga dah pandai menghafal beberapa doa dan zikir-zikir mudah. Seperkara lagi, dia rajin ambil tahu dan nak tahu mengenai islam dan saya pula kongsi ilmu setakat yang tahu.

“Insya-Allah selepas ini dia akan masuk kelas agama untuk mendalami ilmu lebih mendalam lagi.

“Tentunya saya gembira dapat menjalani puasa bersama isteri serta bakal meraikan Aidilfitri dengannya buat kali pertama. Tahun ini amat bermakna kerana selama beberapa tahun saya beraya seorang diri, tapi sekarang dapat raya berdua,” katanya.

Eizlan berkata meskipun isterinya itu memeluk Islam pada Ogos tahun lalu namun dia pernah berpuasa sebelum ini dan tiada masalah untuk menunaikan ibadah tersebut.

Terdahulu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga anak sebelum bercer4i pada Februari 2015.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru 5 Bulan Kahwin, DS Eizlan Yusof Dedah Tentang Rumah Tangganya Buat Ramai Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*