Hidup usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sunyi dan kosong selama empat bulan berjauhan dengan keluarga.
Membuang jauh ego yang menguasai diri, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya selepas empat bulan meninggalkan mereka.
Menerusi entri dimuat naik dalam Instagram (IG), semalam, usahawan kontroversi itu memberi bayangan seakan kemelut rumah tangga kembali jernih.
Menerusi hantaran yang memuat naik gambarnya bersama anak bongsu, Raudhah Arshiyah, Aliff menjelaskan, apa yang berlaku bukan gimik meraih publisiti, sebaliknya kehidupannya juga seperti orang biasa, ada kala berdepan dengan pasang surut dalam rumah tangga.
“Rindu sangat nak peluk anak saya, Raudah. Empat bulan berjauhan dari anak-anak membuatkan hidup terasa kosong. Saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga.
“Lama menyepi bukan merajuk, cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup.
“Apa yang berlaku bukan gimik, tetapi saya juga seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumah tangga,” tulisnya.
Aliff berkata, berpisah dengan keluarga bukan perkara mudah dilalui, tetapi dia bersyukur kerana ia menjadikan dirinya lebih matang dan menghargai orang.
“Jujurnya bukan mudah dilalui, tetapi Alhamdulillah, Allah SWT dan keluarga menjadi keutamaan saya. Saya ingin menjadi Aliff Syukri yang baru, lebih matang dan menghargai semua orang terutama isteri, anak-anak, ibu dan keluarga.
“Saya sedar keluarga adalah segala-galanya. Ramadan ini memberi erti besar pada saya. Doakan saya dan keluarga dapat bahagia semula,” tulisnya.
Sementara itu, usaha menghubungi Aliff untuk mendapatkan penjelasan lanjut menemui jalan buntu apabila telefon bimbitnya ditutup.
Kemunculan Datin Shahida dalam video klip Aliff Syukri
Aliff Syukri memuat naik satu video dimana Datin Shahida muncul. sketsa tentang keluarga sahaja, bukan berg4duh.
Lagi sekali diberitahu, video tersebut bukan lah video pergaduhan suami isteri ia. Sila tonton di bawah Aliff Syukri jelaskan perselisihan faham antara suami isteri adalah asam garam rumah tangga.
Punca pergaduhan???
Sedangkan lidah lagi tergigit apakah lagi suami isteri
Siapa yang sudah berkhawin semestinya akan tahu masalah yang sedang dihadapi . Terutamanya yang mempunyai anak. dulu tidak mempunyai anak, waktu mula2 kawin.. semuanya harum , dan manis sahaja… Siapa yang setuju sila komen di bawah apa pendapat korang??
Kentut pun berbau wangi. Tetapi apabila mempunyai anak berbeza pula cerita. Hurm, sedih memang sedih….itulah asam garam kehidupan.
Pada April lalu, kemelut rumah tangga Aliff dan Nur Shahida menjadi bualan hangat apabila dia mendedahkan surat permohonan cerai daripada isterinya melalui IG story miliknya.
Pada entri itu, Aliff menulis keterangan dalam gambar berbunyi, “Permohonan diluluskan…. Cepatlah masa berlalu supaya jangan banyak lagi benda yang membuatkan saya malu,” tulisnya.
Sekali Pelakon Zarina Zainuddin Dtg Komen
Awal Mac lalu, pergolakan Aliff Syukri dan isteri Nur Shahida menjadi perbualan hangat netizen lebih-lebih lagi apabila mereka dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Lebih menguatkan spekulasi apabila Rozita pula dilihat ‘unfollow’ menantunya seakan-akan memberi bayangan ada krisi1s dalam perhubungan mereka.
Dalam masa sama, Aliff turut mengakui hubungan rumah tangganya sedang berdepan pergolakan apabila memuat naik surat permohonan cerai di laman sosial baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia tidak dapat mengulas mengenai perkara itu berikutan tuntutan cera1i berkenaan dibuat oleh isterinya.
Zarina Zainuddin komen
Perkongsian Aliff Syukri mendapat reaksi positif dari pengikut beliau di Instagram yang mendoakan kebahagiaan beliau.
Apa yang mencuri tumpuan, pelakon Zarina Zainuddin turut berkongsi kisah hidupnya di ruangan komen dan memberi pesanan kepada Aliff.
” Ya Allah, syukur Allhamdulillah semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup Dato Sri dan Datin Sri ,kita hidup ada pasang surut dato, hargai apa yg ada dekat dengan kita terutama isteri dan anak anak
” Bila tempoh berpisah dari situ kita kenal erti rindu erti payahnya berjauhan kerana saling memerlukan saling melengkapi walau ada terkurang disana sini abaikan kerana hidup kita tidak pernak akan sempurna
” Perbaiki, lupakan, maafkan dan kita pun kena ringankan mulut minta maaf. Dalam hidup rumahtangga takde semua nya indah jer ada jer kekurangan Allah nak bagi tapi kalau kita sayang seseorang terima dia seadanya.
” l cakap dari hati ke hati sebab bila kita memendam rasa kita sendiri makan hati sebab kita dah kalah dengan hasVtan ibli1s yg suka melihat manusia bercera4i ber4i ..
” Bila kita fikir balik kita takkan dapat cari pengganti ibu atau ayah buat anak anak kita melainkan dari zuriat nya sendiri ayah tiri ke mak tiri ke takkan sama dengan mak kandung ayah kandung ..
” Saya bercakap dari pengalaman kehidupan mak ayah saya yg bercerai berai last2 anak jadi mngsa sampai saat ini hubungan saya dgn mak ayah saya kadang terasa panas kadang terasa rindu kadang terasa sakit sebab saya cakap kenapa kecik kecik taknak jaga saya ..
” Tapi saya tetap sayang mak ayah saya selamanya syukur dato datin berdamai semula mesti terasa macam baru kawin bila gaduh gadVh baik balik.” – tulis Zarina
Sumber: BH online | IG Aliff Syukri
Kredit: Viddy Media
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:MB
Be the first to comment on "Baru Je Balik Rumah, Dato Aliff Dh Gaduh Balik Dgn Isteri"