Ustaz Kazim Elias Muda Dedah Akhlak Yg Ada Pada Tuan Guru Datuk Ismail Kamus Dan Datuk Dr Haron Din

ITU keperibadian dua tokoh dakwah di negara ini iaitu Allahyarham Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din yang meninggl dunia pada 16 September 2016 dan terbaru, Allahy4rham Tuan Guru Datuk Ismail Kamus yang pergi menghad4p Ilahi, kelmarin.

Mempunyai akhlak terpuji, berkata-kata dengan lemah lembut, tidak berprasangka dan tidak gemar bercakap tentang perkara yang tiada faedah.

Kedua-dua tokoh itu figura penting dalam persada dakwah dan memiliki keperibadian yang hampir sama dengan tutur kata lemah lembut.

Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang mengenali kedua-dua tokoh berkenaan secara peribadi menzahirkan rasa kehil4ngan

besar buat negara ini apabila kedua-duanya dipanggil ke pangku4n Ilahi.

“Tuan Guru Datuk Dr Haron dan Datuk Ismail idola saya. Sejak daripada remaja lagi saya sering mendengar ceramah mereka di kaset dan menghadapi ceramah perdana mereka yang pastinya dihadiri ribuan orang.

“Mengenali dua figura ini, mereka memiliki keperibadian hampir sama iaitu akhlak mereka sangat terpuji. Kedua-dua tokoh ini tidak suka bercakap perkara yang tidak berfaedah dan tutur katanya sangat lemah lembut dan berseni.

“Berseni ini maksud saya berkias dalam menyampaikan mesej. Dalam jenaka, dalam gurauan dan senda mereka tatkala menyampaikan ilmu ada mesej yang ingin disampaikan. Itulah dua tokoh murabbi ummah, kita kehilangan seorang lagi (Allahyrham Datuk Ismail Kamus),” katanya dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, sudah ditakdirkan oleh Allah SWT kedua-dua tokoh berkenaan turut dijemput-Nya pada hari baik iaitu Jumaat yang juga penghulu segala hari.

“Arwh Datuk Ismail pernah merawat saya tatkala saya mengalami penyak1t misteri.

“Ketika krisis pusat tahfiz saya beberapa tahun lalu sehingga saya ingin menjualnya, arwh (Datuk Ismail Kamus) menghubungi saya dan menasihati supaya saya bersabar dan pasti Allah SWT akan memudahkan jalan,” katanya.

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, Mohd Kazim berkata, beliau pernah diminta oleh arwh menggantikannya untuk membacakan doa sedangkan ketika itu dia hanya penceramah biasa berbanding Allahyrham yang sangat disegani.

“Ketika itu sekitar lewat 90-an, saya bersama arwah di satu majlis ceramah, tidak semena-mena beliau panggil saya…beliau buat pengumuman lebih kurang begini kata-katanya, ‘saya minta Ustaz Kazim ganti bacakan doa untuk saya…’. Saya kelu, terp4ku dan terkejuut.

“Peristiwa lain tidak dapat dilupakan sebelum arwah berangkat ke Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan raw4tan jantvng, arw4h tanya keadaan jantung saya dan arwh meletakkan tangan di dada saya sambil berdoa. Sehingga ke hari ini saya akan menitiskan air mata tatkala mengenangkan kembali begitu hebat keperibadian dua tokoh murabbi ini,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ustaz Kazim Elias Muda Dedah Akhlak Yg Ada Pada Tuan Guru Datuk Ismail Kamus Dan Datuk Dr Haron Din"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*