Jabatan Imigresen s3rbu Pasar Borong KL

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) membuat serbuan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Difahamkan ramai warga asing termasuk dari Myanmar, Indonesia dan Pakistan tinggal di kawasan berkenaan dan bekerja di pasar borong berkenaan.

Operasi itu bermula kira-kira 8 pagi dengan bantuan beberapa agensi lain termasuk P0lis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tinjauan wartawan di lokasi mendapati pengamal media yang hadir untuk membuat liputan tidak dibenarkan berada berhampiran kawasan itu.

Difahamkan operasi itu selesai kira-kira 11 pagi dengan kenderaan polis dan DBKL dilihat keluar dari kawasan berkenaan.

Semua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul, Dzaimee Daud ketika dihubungi, hari ini, memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung operasi itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi berkenaan diketuai oleh JIM dan pihaknya serta beberapa agensi lain membantu dari segi keselamatan.

Sebelum ini, JIM membuat serbuan terhadap warga asing di Masjid India, Selangor Mansion dan Malayan Mansion yang dikenakan PKPD.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail mengumumkan Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dikenakan PKPD sejak 20 April lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Harian Metro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Jabatan Imigresen s3rbu Pasar Borong KL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*