Pelakon cantik manis, Sharifah Sofia meluahkan rasa kecewanya apabila permohonan untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilaporkan gagal.
Kredit foto: IG
Dia yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman Twitter itu berasa kecewa kerana situasinya kini yang bergelar ibu tunggal dan hanya bergaji minimum tidak mendapat bantuan sewajarnya.
Malah, Sofia juga mendakwa dirinya tidak mendapat nafkah selama ini.
“I am not happy! I’m a div0rced mother raising 2 children, on minimum wage and gets no nafkah. and tak layak.. thanks @LHDNMofficial” ciapnya.
Kredit foto: Sharifah Sofia
Sofia juga berkongsi mengenai permohonanya itu yang ditolak atas alasan mempunyai duplikasi permohonan. Pihak kerajaan baru-baru ini, melaporkan terdapat hampir 1.2 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk BPN telah diluluskan berjumlah hampir RM1.7 billion.
Kredit foto: Twitter Sharifah Sofia
Sharifah Sofia telah bergelar ibu tunggal selepas pendedahannya mengenai perkahwinannya bersama bekas suami, Syed Ismail Syed Ibrahim telah berakhir. Dia dan bekas suami telah sepakat untuk menjaga anak-anak mereka tanpa sebarang masalah.
Sofia dan Syed Ismail mendirikan rumah tangga pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.
View this post on InstagramThe women and all the mums of the house! (Except the little ones of course) Happy mothers day!! ❤
Norlia Ghani Terkejut Tidak Layak Terima Baki BPN
Jika semalam, pelakon veteran Mak Wan memaklumkan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak lulus, kali ini Norlia Ghani pula turut menerima nasib sama. Bagaimanapun, lain pula situasi yang berlaku pada pelakon veteran itu.
Pelakon 72 tahun itu terkejut diberitahu tidak layak mendapat bayaran baki BPN sedangkan pembayaran fasa pertama sudah diterima April lalu. Lebih musykil apabila Lembaha Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu namanya berdaftar pada sebuah syarikat.
“Pada awalnya saya layak dan sudah pun terima pembayaran awal BPN pada April lalu dan sepatutnya akan terima baki selebihnya seperti orang lain. Tapi tiba-tiba bila saya periksa, tak layak pula.
“Jadi saya dan anak pergi la LHDN untuk bertanyakan perkara itu dan terkejuut bila diberitahu yang saya tak layak sebab ada syarikat. Pihak LHDN cakap mungkin ada orang guna nama atau saya ada tanda tangan untuk mana-mana syarikat.
“Setahu saya memang tak pernah lagi saya buka syarikat atau mungkin saya sendiri yang bersikap cuai atau tak sedar beri tanda tangan pada kenalan. Benda itu saya tak perasan pula dan tak ingat,” katanya kepada mStar.
Norlia berkata dia pasrah jika tidak mendapat bantuan tersebut memandangkan ramai yang berkongsikan turut mengalami nasib sama sepertinya. Katanya lagi, Norlia berharap COV1ID-19 akan segera berakhir supaya dapat mencari rezeki semula.
“Saya pasrah sekiranya tidak dapat bantuan tersebut. Cuma saya berasa hairan tiba-tiba saya tak layak sebab tu saya pergi check di LHDN. Sebenarnya apa yang saya harapkan COVI1D-19 cepat berakhir.
“Bila wab4k ini berakhir saya dapat kerja semula walaupun tak ada la banyak penggambaran. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat cari rezeki sendiri,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : – CARI
Be the first to comment on "Berstatus Ibu Tunggal Dan Tak Diberi Nafkah, Sharifah Sofia Kecewa BPN Tak Lulus"