“Kekasih Saya Bukan Abang Uniform,” Zara Zya Dedah Sesuatu

Selepas 3 bulan episod putus tunangnya berlalu, pelakon Zara Zya mengakui dirinya kini sedang bahagia bersama insan istimewa. Hangat diperkatakan bahawa kekasihnya itu bertugas dalam badan beruniform.

Bagaimanapun, Zara menafikan khabar angin itu dan mengatakan bahawa kekasihnya itu hanya lelaki biasa sahaja. Zara berkata, namun dia belum bersedia mendedahkan identiti kekasihnya itu kerana masih terlalu awal untuk berkongsikan mengenai hubungan mereka.

“Si dia bukan kalangan petugas keselamatan atau badan beruniform seperti yang didakwa. Siapakah gerangannya, biarlah dirahsiakan dahulu. Si dia banyak membantu dan berkongsi idea berbekalkan pengalaman dimilikinya yang turut aktif dalam kerja amal.

“Saya sangat selesa dengannya. Namun, masih terlalu awal untuk berkongsi lebih jauh mengenai hubungan kami,” katanya kepada BH Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiap orang berhak menentukan dengan siapa dia berbahagia dan oleh siapa dia dibahagiakan… setuju tak? ❤️

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Kini mengusahakan perniagaan makanan, Zara Zya Cooks, sejak beberapa bulan lalu, Zara berkata minatnya itu turut dikongsi bersama cinta hati yang dikenali, sejak tiga bulan lalu.

“Segala-galanya berlaku dengan pantas. Kami kenal sebagai rakan sekerja dan seterusnya, berputik rasa cinta. Dia menyokong usaha yang saya lakukan termasuk minat memasak.

“Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas positif menyediakan juadah berbuka puasa bersama pasukan kerja. Apa yang penting, membeli sambil beramal,” katanya.

Zara pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober tahun lalu, namun, ikatan itu hanya bertahan tiga bulan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kekasih Saya Bukan Abang Uniform,” Zara Zya Dedah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*