Menteri Hal Ehwal Agama Did4kwa Ingkar PKP, Polis Buka Kertas Sias4tan

POLIS membuka kertas siasatan berhubung dakw4an Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan telah menerima lap0ran polis mengenai perkara tersebut.

“Kita telah membuka kertas sias4tan polis untuk menjalankan siasatan awal terhadap kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ia susulan dakw4an mengenai Zulkifli memuat naik berita mengenai kegiatannya di halaman Facebooknya pada 2 Mei.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Image may contain: 2 people

Laporan polis tersebut dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun di balai polis Bandar Baru Bangi pada kira-kira pukul 6.10 petang 3 Mei.

Pengadu menyebut terdapat sejumlah aktiviti yang dijalankan oleh Zulkifli yang did4kwa melanggar PKP.

Menteri berkenaan didakwa melakukan perkara tersebut dengan menghantar surat pertukaran kepada pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara peribadi pada 31 Mac dan mengambil gambar bersama pegawai tersebut.

Zulkifli juga didakwa telah bertemu dengan kenalannya, Datuk Dr Fathul Bari, dan beberapa individu lain dan mengadakan pertemuan di pejabatnya tanpa mengamalkan penjarakkan sosial pada 13 April.

Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

Laporan itu juga mendakwa pada hari berikutnya, menteri tersebut memanggil Dr Rozaimi Ramli, Dr Ahmad Kamil Jamilin dan Dr Fathul, serta beberapa individu lain untuk mengadakan pertemuan di pejabatnya. – The Star

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber Mstar via HMT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Menteri Hal Ehwal Agama Did4kwa Ingkar PKP, Polis Buka Kertas Sias4tan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*