Tun M Yg Usul Undi Tk Percaya,Tapi Muhyiddin pula bakal diambil tindakan disiplin

Sekurang-kurangnya 15 pemimpin dan ahli Bersatu menulis surat kepada Lembaga Disiplin bagi mendes4k tindakan diambil terhadap presiden Muhyiddin Yassin kerana mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tanpa persetujuan parti itu.

Ini berikutan laporan berita mengenai rakaman audio yang boc0r di mana suara mirip Muhyiddin didengar memberitahu Majlis Tertinggi Bersatu agar memberi mandat kepada pengerusi parti, Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan sama ada parti itu perlu meninggalkan PH atau sebaliknya.

Ahli akar umbi juga mendakwa Muhyiddin menawarkan dirinya sebagai calon perdana menteri setelah Majlis Tertinggi memutuskan pada 24 Februari untuk meneruskan sokongan kepada Mahathir, yang mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada hari yang sama.

Dalam surat-surat yang dilihat oleh Malaysiakini, mereka mengatakan Muhyiddin telah melanggar perlembagaan parti dan polisi asal Bersatu sejak penubuhannya untuk bersama menganggotai PH dalam pilihan raya umum ke-14 dan PRU seterusnya..

Menurut mereka, keputusan Bersatu keluar daripada PH untuk bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) dibuat tanpa pengesahan dan kebenaran majoriti ahli majlis pimpinan tertinggi.

“Beliau mengambil tindakan tidak sah untuk bergabung dengan parti Barisan Nasional dan PAS bagi tujuan penubuhan Kerajaan Persekutuan mulai 01.03.2020, yang bercanggah dengan polisi asal parti Bersatu semasa penubuhan untuk bersama-sama menganggotai Pakatan Harapan dalam perjuangan PRU-14 dan mewujudkan kerajaan persekutuan bersama Pakatan Harapan.

“Kami amat berharap agar tindakan disiplin berkaitan perenggan 2 di atas, akan dimulakan oleh pihak Lembaga Disiplin pada kadar segera, kerana ia keingkaran beliau terhadap peruntukan perlembagaan dan polisi parti yang sah selama ini,” tegasnya.

Portal berita ini dimaklumkan bahawa sebilangan ahli Bersatu tidak dapat menghantar surat mereka kerana ibu pejabat parti itu hanya akan beroperasi semula pada 9 Jun.

Namun, satu sumber mengatakan sebilangan kecil daripada mereka berjaya mengemukakan aduan setelah menghubungi pegawai yang ditempatkan di ibu pejabat parti itu.

“Orang lain yang tidak dapat melakukannya akan menghantar e-mel atau mengirimkan soft copy kepada parti,” tambah sumber berkenaan.

Ketika dihubungi, timbalan ketua Bersatu Kedah, Anuar Abdul Hamid dan ahli Bersatu dari Kota Melaka, Ahmad Faisal Mohd Yunos mengesahkan mereka telah membuat aduan terhadap Muhyiddin.

“Saya mengirim (surat) melalui pos laju ke markas parti dan salinan PDF (soft copy) kepada kakitangan parti.

“Rakaman audio menunjukkan Muhyiddin mengatakan dia akan membiarkan Mahathir membuat keputusan. Tetapi dia berboh0ng kepada majlis tertinggi apabila dia bertindak sebaliknya,” kata Anuar.

Katanya, lembaga disiplin mesti memanggil Muhyiddin kerana ini merupakan hal yang sangat seri1us.

Ini merupakan surat kedua yang dikemukakan Anuar.

Beliau merupakan salah seorang daripada enam pemimpin Bersatu yang mahukan siasatan terhadap mereka yang meminta mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan pada 11 Mei lalu.

Mesyuarat itu, yang kemudian ditangguhkan, dijadualkan diadakan tanpa kehadiran Mahathir dan timbalan presidennya, Mukhriz Mahathir.

Bersatu berpec4h antara kumpulan menyokong Muhyiddin selaku presiden dan penyokong Mahathir yang juga pengerusi parti itu.

Kem Muhyiddin mahu tindakan terhadap Mahathir dan Mukhriz berikutan kritikan terbuka mereka terhadap keputusan Muhyiddin meninggalkan PH dan menjalin kerjasama dengan Umno, PAS dan lain-lain parti.

Lepas sidang parlimen disingkatkan, Dr M mula naik ‘angi1n’

Dr Mahathri Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewa dan marahnya selepas kerajaan hari ini memutuskan sidang Dewan Rakyat akan berlangsung lebih singkat berbanding jadual awal.

Kata bekas perdana menteri itu, tindakan menyingkatkan sidang berkenaan kepada hanya beberapa jam – berbanding sehari mengikut rancangan awal – dilihat sebagai cubaan untuk menghalang beliau bercakap.

Kata Mahathir, beliau tidak dibenarkan bersuara walaupun atas kapasitinya sebagai ahli Dewan Rakyat.

“Jangankan sebagai orang ramai (orang awam), ahli dewan pun tak boleh bercakap dalam Dewan (Rakyat). Jadi, apa jenis kerajaan ini, yang mana ahli dewan tak boleh bercakap.

“Ada sidang berlangsung pun tak boleh bersuara, sehingga kita menjadi sebuah kerajaan yang sebenarnya tidak sah,” katanya dalam kenyataan melalui video yang dimuat naik di media sosial beliau hari ini.

Terdahulu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan pihaknya menerima surat pemakluman daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, selaku ketua Majlis Dewan Rakyat.

Menurut Mohamad Ariff, Muhyiddin memberitahu kerajaan memutuskan tiada sidang diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah diraja pada pagi 18 Mei ini.

Keputusan itu sekali gus menggagalkan cubaan Mahathir membawa usul tidak percaya terhadap Muhyiddin. Usul berkenaan sebelum ini diterima oleh Mohamad Ariff.

Beliau memberitahu Katanya, keputusan itu dibuat kerajaan disebabkan penularan wab4k Covi1d-19 di negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Lapan hari pun tak diberi

Asalnya kerajaan menetapkan sidang Dewan Rakyat berkenaan – yang pertama sejak kerajaan Perikatan Nasional dibentuk – diadakan selama sehari.

Dengan keputusan terbaru itu, sidang akan ditangguhkan selepas Agong menyampaikan titah diraja.

Kata Mahathir biasanya selepas Agong menyampaikan titah ia akan dibahaskan dan kemudian diundi untuk diterima. Namun katanya dengan ketetapan terbaru itu kelaziman berkenaan tidak lagi berlaku.

Justeru kata ahli parlimen Langkawi itu perjalanan dewan sebegitu tidak menepati syarat yang sepatutnya.

“Sekarang saya diberitahu, walaupun speaker bersetuju untuk saya membawa suatu usul tidak percaya terhadap Muhyiddin, sekarang kita tak boleh membahaskannya pada satu hari itu.

“Usul-usul kerajaan juga tidak akan dikemukakan.

“Jadi apa dia mesyuarat ini? Untuk kita cuma dengar ucapan kerajaan melalui Yang di-Pertuan Agong. Ini bukan mesyuarat parlimen. Dan kita lambat-lambatkan persidangan ini.

“Apabila kita minta untuk (diadakan sidang dewan) lapan hari pun tak diberi,” katanya lagi.

Tambah Mahathir, jika tiada sidang parlimen diadakan secara rasmi selepas 60 hari selepas kali terakhir ia diadakan, maka penubuhan kerajaan yang berkenaan tidak menepati undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada pakar perundangan untuk menentukan sama ada sidang sehari dilakukan kerajaan PN pada 18 Mei ini sah mengikut peraturan.

Sementara itu seorang peguam, Rafique Rashid Ali, berpendapat hujah Mahathir itu adalah tepat dari segi perundangan.

Katanya, apabila seorang ketua Majlis Dewan Rakyat menggunakan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat hanya selepas beliau mengetahui wujud undi tidak percaya terhadapnya maka secara langsung bermaksud perdana menteri terbabit mengelak daripada undi tidak percaya.

“Justeru, secara automatik perdana menteri sudah tahu dia tidak ada cukup bilangan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan berasingan malam ini.

Menurut Rafique lagi Malaysia mencontohi model sistem parlimen Westminster dan sesebuah kerajaan mesti mendapat kepercayaan bagi menjadi pentadbir.

“Dengan menolak untuk menghadapi ujian berkenaan, perdana menteri dianggap tidak mendapat sokongan majoriti,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: TRENDINGSANGAT

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tun M Yg Usul Undi Tk Percaya,Tapi Muhyiddin pula bakal diambil tindakan disiplin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*