Syatilla Melvin Dedah Perasaannya Bila Digandingkan Bersama Dalam Satu Filem

Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan filem pendek Gempak berjudul Gerakan Serunding merupakan lakonan pertamanya bersama suami aktor Shaheizy Sam. 

Menurut Tilla, pertama kali digandingkan bersama suami sendiri membuatkan dirinya terasa janggal.

“Ini kali pertama Tilla berlakon dengan Sam, mula-mula tu rasa macam eh betul ke ni?

“Walaupun rasa janggal tapi okay je, layankan je la,” kata Tilla menerusi temubual bersama Gempak TV. 

Tambah istimewa apabila filem pendek ini turut dirakam, diarah serta disunting oleh mereka berdua. 

Bagi Sam pula, filem pendek ini diinspirasikan daripada satu menu hidangan hasil buatan tangan ibu yang hanya boleh didapati sewaktu hari raya sahaja. 

Sama juga seperti Tilla, berlakon bersama isteri juga memberikan cabaran buat Sam. 

“Sam memang payah sikit kalau berlakon dengan orang yang ada kaitan dengan Sam. Tapi, layankan sahaja,” ujar Sam. 

Filem pendek Gerakan Serunding mengisahkan seorang suami yang berusaha dengan kreatif untuk menggembirakan isterinya untuk menikmati serunding air tangan ibu ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Saksikan gandingan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dalam Gerakan Serunding pada 21Mei, Khamis di Gempak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Syatilla Melvin Dedah Perasaannya Bila Digandingkan Bersama Dalam Satu Filem"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*