“Orang tak bagi berlakon bising bila kerajaan bagi berlakon pun korang bising jugak.” – Michael Ang

Negara kita masih lagi dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk memastikan wab4k COVI1D-19 dapat dibendung dari terus mereb4k.

Hingga ke hari ini jumlah kes pes4kit yang dijangki1ti adalah 7059 k3s manakala 114 kes kem4tian.

Kerajaan dan KKM masih mengambil langkah berjaga-jaga untuk membendung wab4k ini.

Sepanjang dua bulan juga para selebriti tidak dapat bekerja menjalankan penggambaran drama atau filem.

Seperti yang kita sedia maklum apabila melakukan sesuatu penggambaran pasti akan melibatkan ramai individu, jadi pihak kerajaan harus meneliti SOP yang terbaik untuk para penggiat seni.

Namun keputusan telah dibuat di mana mereka boleh menyambung penggambaran pada bulan depan tetapi haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun keputusan SOP yang dikeluarkan mendapat reaksi kurang senang dari Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Mereka kesal dan kec3wa dengan tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyenaraikan prosedur operasi standard (SOP) untuk membenarkan syarikat produksi kembali menjalani penggambaran tanpa merujuk kepada mereka yang terbabit dalam bidang itu.

Presidennya, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, pihak terbabit sepatutnya memanggil mereka yang bekerja secara langsung dalam industri berkenaan sebelum membentangkan SOP itu selain boleh diadakan sesi soal jawab.

“Jadi, budaya kerja kita boleh diperjelaskan dan mereka pun boleh faham cara kerja-kerja penggambaran. Banyak perkara yang perlu dibincangkan terlebih dahulu,” katanya dalam sesi Bual Bicara Covi1d-19: Kesan Kepada Industri Penerbitan TV Malaysia yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom, hari ini.

Selain itu, Ahmad Ibrahim turut mempersoalkan beberapa SOP yang dibenarkan seperti jumlah maksimum 20 tenaga produksi dan pelakon serta tempoh kuarant1in selama sebulan dikatakan terlalu lama.

“Apa beza antara 20 dengan 25 orang? Apa bezanya sekiranya jumlah maksimum 30 orang? Mengenai tempoh kuaranti1n, kalau boleh pendekkan kerana tempoh sebulan itu terlalu lama,” katanya.

Menurutnya, kini terdapat 40 syarikat produksi yang terpaksa berhenti daripada menjalani penggambaran dan ada kerja-kerja yang tergendala.

“Jadi, selepas ini akan ada 40 pengarah memulakan penggambaran semula dan membabitkan lebih kurang 600 pekerja termasuk pelakon.

“Jika tempoh kuarantin memakan masa lagi sebulan, apa yang mereka nak makan? Kalau dua minggu, masih boleh diterima. Itu perlu dibincangkan semula dengan lebih teliti. Jadi, saya mohon pihak kementerian boleh menimbang tara,” katanya.

Dalam sesi soal jawab itu juga, Ahmad Ibrahim berkongsi pendapatnya mengenai pengubahsuaian yang boleh dilakukan kepada sesuatu karya.

“Ubah suai skrip mengikut normal baharu yang kita jalani sekarang. SOP ini mengekang kreativiti pengarah, tapi kita kena buat supaya tidak mel4nggar SOP. Jelaskan kepada artis, apa yang boleh dan tak boleh dilakukan.

“Jelaskan juga kepada semua kru mengenai aspek teknikal yang mengikut SOP. Kupas balik skrip dalam masa satu atau dua hari dan lakukan pengubahsuaian yang perlu,” katanya.

Menurutnya, aspek kebersihan dan keselamatan di set penggambaran juga perlu dititikberatkan.

“Kita kena nyah kum4n di set penggambaran sejam sebelum penggambaran bermula. Jadi, untuk memudahkan kerja, tak perlu lakukan penggambaran di banyak lokasi. Set juga perlu dikawal aliran keluar masuknya supaya hanya dikhaskan untuk mereka yang terbabit sahaja.

“Setiap tempat, peralatan, tempat duduk, tempat makan, bahkan pakaian artis pun perlu disembur dengan pembasmi kuman untuk memastikan kita patuh kepada SOP yang ditetapkan. Lantik seorang pekerja yang dikhaskan untuk menjaga SOP berkaitan kebersihan di samping mendapat pemantauan daripada penerbit dan juga pengurus produksi,” katanya.

Ahmad Ibrahim turut mengharapkan supaya ada keputusan yang akan memudahkan kerja-kerja penggambaran dimulakan semula.

“Pekerja-pekerja belakang tabir ini, ada kerja, adalah gajinya. Jadi, sekiranya pihak kementerian boleh menimbang tara beberapa SOP untuk memudahkan kerja-kerja penggambaran dimulakan semula, pihak FDAM sedia memantau,” katanya.

Susulan itu ramai netizen yang mula mengecam pihak FDAM kerana dilihat seperti besar kepala dan tidak bersyukur setelah diberi kelonggaran untuk bekerja oleh kerajaan.

Pengarah terkenal Michael Ang juga memuat naik video menempelak sikap individu-individu yang masih tidak berpuas hati tentang keputusan kerajaan.

Apo!!!!!

Salam semua. Kau org kena tgk video ni sampai Habis ya.

Ada pendapat artist n persatuan pasal boleh sh00t tu ada yg betul Dan ada jugak yg salah. Bagi I Jgn memek4k sgt.

Bawak berbincang! Jgn bising sgt kat social media Nanti buat ramai org menyamp4h.

Duduk baik2 n bincangkan lagi baik dari meyalak n mengundang kec4man! Ok la lagi berfaedah aku buat kaya kayangan aku untuk bagi followers aku! Luv u all n stay safe!

Perkongsian dan pendapat yang diberikan oleh Mike turut mendapat reaksi dan komen baIas dari rakan artis dan pengikut yang turut bersetuju dengan Mike.

Artis kalau netizen kec4m kata la netizen makcik bawang la & sebagainya tapi bila mereka ada tak suka sesuatu kondem itu ini takpe pulak eh. alaahh selagi manusia sama jak. ko ade mulut netiz ada mulut , ada benda tak kena kat mata korg pun korg nak bercakap. Sama la buat benda bod0h post kena kec4m suruh Heliza Helmi join live ko dengan soh dia puji. habis cte.

Yelah..kerja je dulu..biasakan keadaan…SOP…lelama biasa..keadaan sekarang..susah-susah dulu senang-senang kemudian.

Nice Mike..baru realistic..apa Mike cakap memang betol..pebenda entah semua benda pun dorang tak reti puas hati..Ingat title ARTIS dorang tu dah cukup special sangat  ke sampai govt semua nak ikut cakap dorang..

Betoi mike diorg nie byk bunyi smua tak kena..haihsss susah la kalau anggap @ diri tu diva kan mike @michaelang38

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MEHBACA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Orang tak bagi berlakon bising bila kerajaan bagi berlakon pun korang bising jugak.” – Michael Ang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*