Tul4r posmen buat cerita sedih kerana tak dapat bonus rupa-rupanya men1pu, ini kenyataan dari pihak PDRM

Polis menahan tiga individu termasuk seorang posmen bagi membantu siasatan berhubung kes kutipan derma untuk petugas penghantaran Pos Malaysia yang tidak mendapat bonus selepas ia ditularkan dalam media sosial sejak 17 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan secara berasingan sejak Rabu hingga tengah malam tadi susulan siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam cerita yang tular itu.

“Pada mulanya kami menerima satu laporan polis pada Rabu daripada seorang lelaki bekerja sebagai posmen di cawangan Butterworth berhubung satu artikel di Facebook yang tular mengenai permohonan derma atau sumbangan untuk abang posmen berikutan mereka tidak mendapat bonus daripada majikan.

“Lelaki itu mendakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan artikel berkenaan malah menafi1kan gambar posmen dan nombor akaun bank yang tular itu adalah dia, sebab itu dia buat laporan polis namun siasatan yang dijalankan mendapati kenyataannya meragukan,” katanya.

Berikutan itu, Shafee berkata polis menahan lelaki itu dan menjalankan siasatan lanjut ke atasnya sebelum mendapati dia sebenarnya terlibat dalam penghasilan artikel berkenaan, malah gambar serta akaun bank yang tular di media sosial itu adalah miliknya.

Shafee berkata menurut lelaki itu, dia menceritakan masalah posmen tidak mendapat bonus kepada abang dan kakak angkatnya sebelum mereka memuat naik cerita berkenaan menerusi satu laman di Facebook sehingga ia menjadi tular sebelum tiga individu berkenaan turut menyiarkan nombor akaun bank bagi memohon derma serta bantuan daripada orang ramai.

“Mereka menggunakan nama Amirul Megat kononnya posmen yang menghadapi kesus4han berikutan tidak mendapat bonus di laman itu yang dikendalikan abang dan kakak angkatnya. Hakikatnya Amirul Megat tidak wujud malah semua duit sumbangan daripada orang ramai sebanyak RM5,000 dimasukkan ke dalam akaun posmen (suspek) itu,” katanya.

Beliau berkata posmen itu mengaku telah menggunakan sebahagian wang berkenaan untuk membeli keperluannya sendiri dan polis telah merampas kad bank serta telefon bimbit milik lelaki itu.

Berikutan itu, polis menahan seorang wanita berusia 35 tahun pukul 10 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT sebelum menahan adik lelakinya berumur 23 tahun di Padang Serai, Kedah 12.05 tengah malam tadi bagi membantu si1asatan kerana mereka berdua merupakan pengendali laman berkenaan.

“Tiga individu itu kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, mengikut Seksyen 420 KanVn Keseks4an dan Seksyen 186 kanVn sama,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : MalaysiaKini via KISAHBENA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tul4r posmen buat cerita sedih kerana tak dapat bonus rupa-rupanya men1pu, ini kenyataan dari pihak PDRM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*