Sharnaaz Ahmad K0ngsi Foto, Sekali Adik Noor Nabila Tinggal Komen Jadi Tanda Tanya

Aktor Sharnaaz Ahmad menghargai setiap doa yang ditinggalkan di ruangan komen Instagram (IG) selepas memuat naik foto raya bersama isterinya, Noor Nabila dan anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad.

Kata Sharnaaz, semoga setiap kata-kata baik yang ditulis akan dibalas balik satu hari nanti.

“Buat setiap insan yang mendoakan kebahagian aku, anda pasti akan dapat reply ini di telefon bimbit anda, ya anda setiap orang yang like dan mendoakan.

“Semoga Allah lipat gandakan rezeki, kebahagian anda, kesenangan, dipermudahkan urusan seharian dan amalan anda semua diterima Allah.

“Setiap dari anda, telah mendoakan saya, kini saya mendoakan supaya anda semua diberkati Allah. Amin,” tulisnya.

Menerusi pemerhatian Gempak, adik kepada Nabila dan Neelofa iaitu Athisha Khan turut meninggalkan ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Selamat hari raya abang!” tulis Athisha.

Malah, Ameera Khan yang juga merupakan selebriti media sosial juga sudah mengikuti (following) Sharnaaz di IG.

Ketika ini, kes pencer4ian Sharnaaz dan Nabila masih berjalan.

Terdahulu, Sharnaaz mendedahkan dia memilih untuk berbaik dengan Nabila untuk ‘co-parenting’ bagi kebaikan anak mereka, Jebat Jayden.

Pasangan ini bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sharnaaz Ahmad K0ngsi Foto, Sekali Adik Noor Nabila Tinggal Komen Jadi Tanda Tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*