Enggan Biarkan Bersendirian! Ini Lah Sebab Kenapa PU Azman Tampil Pertahankan Fizi, Siap Bagi Dalil

Sejak akhir-akhir ini, rancangan animasi popular Upin & Ipin telah menerima kritikan hebat dari penonton terutama peminatnya di negara jiran, Indonesia. Gara-gara dialog yang dilontarkan oleh watak Fizi, menyifatkan anak yatim tidak mempunyai syurga kerana ianya ada di telapak kaki ibu.

Dialog tersebut diwujudkan dalam episod terbaru animasi berkenaan yang berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada hari raya pertama lalu. Berikutan kejadian ini, pihak produksi Les’ Copaque dalam penyediaan video untuk Fizi tampil memohon maaf kepada peminatnya.

CIK MAN TAMPIL PERTAHANKAN FIZI

Ekoran kejadian ini yang semakin menjadi bualan ramai saban hari, pendakwah selebriti iaitu PU Azman atau Cik Man tampil pertahankan Fizi dan mendidik rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam dalam memahami dialog yang berlegar-legar.

Menurut Cik Man, watak yang dibawakan Fizi adalah realiti sebenar bagi seorang kanak-kanak yang berpewatakan nakal.

“Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban d0sa. Bercakap apa yang mereka faham. Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jadi kanak-kanak. Kita lihat watak Fizi dari sudut positif.”
“Pertama, untuk marketing Upin Ipin itu sendiri. Kedua, (ini lebih penting), bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul. Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak. Lebih sadis, yang tua bangka pun ada yang pikir macam Fizi.” Jelas Cik Man.

HADIS TAK SOHEH DAN LEMAH

Dalam pada itu, Cik Man juga sempat menjawab persoalan bagi mereka yang sudah ketiadaan mak. Ianya bukan bukan bermaksud tiada syurga buat mereka. Malah jalan untuk ke syurga tetap ada iaitu doa anak yang soleh.

Cik Man ada memberi penerangan berkaitan hadis syurga di bawah telapak kaki ibu ini. Menurutnya hadis tersebut tidak soheh dan sebahagian ulama mengatakan sangat lemah. Tetapi ianya bukan bermaksud tidak betul kerana ibu adalah peluang untuk anak ke syurga kelak.

Bagi penulis, animasi Upin & Ipin ini sangat dekat dengan kisah hidup dan pemikiran masyarakat kita. Jadi jangan lah kerana sepotong dialog anak kecil menjadikan animasi popular ini sebagai mangsa keadaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: INFOMECCKS

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Enggan Biarkan Bersendirian! Ini Lah Sebab Kenapa PU Azman Tampil Pertahankan Fizi, Siap Bagi Dalil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*