Soal Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri Pertama, Ini Respons Mengejuutkan Dari PU Abu

PENCETUS Ummah (PU) Abu Sufyan mengambil langkah ‘kunci mulut’ susulan dakw4an bekas isterinya iaitu Hana Azraa berhubung dia sudah rujuk kembali dengan isteri pertama Ain Afini.

Menurut Abu, dia enggan menggunakan laman sosial sebagai platform bercerita tentang kehidupan peribadinya.

“Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini kerana laman sosial bukan tempat untuk saya cerita hal tersebut.

“Saya tak nak komen apa-apa berhubung perkara itu dan kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya Hana sendiri, ” kata PU Abu ketika dihubungi mStar.

Abu enggan mengulas dakw4an Hana mengenai status rumah tangganya dengan Ain.

PU Abu diminta untuk mengulas mengenai kenyataan dan pendedahan bekas isterinya Hana Azraa yang mend4kwa dia sudah rujuk semula dengan isteri pertama iaitu Ain Afini selepas dua minggu berkahwin dengan Hana.

Menerusi laporan mStar pada Ahad, Hana mendedahkan Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini.

Pended4han Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar.

Dalam pada itu, Hana menjelaskan dia tidak berniat untuk mengai1bkan mana-mana pihak namun tujuan pend3dahan dibuat disebabkan enggan membiarkan anaknya, Muhammad Uwais Al-Mateen menjadi mangs4 kec4man netizen.

 

Soal rumah tangga atau urusan peribadi saya mengambil jalan untuk ke belakang dalam isu ini.

PU ABU SUFYAN

PENCETUS UMMAH

Kata usahawan kosmetik berasal dari Kedah ini, dia berharap pendakwah bebas dan Ain tidak perlu lagi merahsiakan mengenai hubungan mereka yang telah kembali sebagai suami isteri.

“Saya terpaksa mendedahkan perkara itu di laman sosial sebab dah terlalu mendiamkan diri. Bila saya diam, orang salahkan dan kutvk saya malah ada juga netizen yang kaitkan anak saya sekali dalam hal ini.

“Tujuan saya muat naik status tersebut bukan untuk membuka ai1b mana-mana pihak tetapi hanya ingin memberi penjelasan dan membersihkan nama saya supaya mereka berhenti berkata burvk mengenai anak saya juga.

“Apa yang saya harapkan agar Abu dan Ain mengaku sahaja yang mereka sudah kembali sebagai suami isteri. Tak payah berdolak dalih sehingga menyebabkan orang tidak henti menyalahkan saya dan anak saya, ” ujarnya.

Hana mempunyai anak bersama PU Abu iaitu Mateen dan seorang anak perempuan, Aishah hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Pada April lalu Hana turut mendedahkan dia sudah dicer4ikan Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi.

Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

Kontr0versi rumah tangga PU Abu dengan Ain Afini Latif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April tahun lalu.

PU Abu dan Ain dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Soal Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri Pertama, Ini Respons Mengejuutkan Dari PU Abu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*