Isteri kepada Allahy4rham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, akui hatinya kini sepi dan mendedahkan suaminya muncul dalam mimpi.
Tidak dapat menahan sebak, Nurhidayah memberitahu air matanya mengalir sebaik sahaja tersedar dari mimpi itu.
“Buat Allahy4rham suamiku, saat ini aku merindukanmu. Sejak pemergianmu hatiku terasa sepi dan hanya bayanganmu yang selalu hadir dalam ingatanku.
“Suamiku, semalam abang muncul dalam mimpi sayang, rindu tawamu tapi sayang sedar abang telah tiada.
“Airmataku mengalir mengiringi doa, semoga abang tenang disana. Cinta syurga suamiku Syed Umar Mokhtar Al-fatihah,” katanya.
Nurhidayah meluahkan rasa sebak itu di akaun Instagram milik suaminya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rakaman video ketika bersama arwah.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang terus memberikan semangat kepadanya.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembvskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat dem4m panas
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : GEMPAK
Be the first to comment on "“Air Mata Isteri Arw4h Abam Mengalir Lagi..” Puncanya Buat Ramai Sebak Dan Dihujani Kata2 Semangat Serta Doa"