“Saya Manusia Biasa Yang Tidak Lepas Melakukan Khilaf Demi Khilaf. Sekarang, Saya Dalam Fasa Membetulkan Diri,

Nur Fathia dilahirkan pada hari Selasa, 1 September 1987 dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir dan Badriyah binte Hassan. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pelakon dan penyanyi, Fathia Latiff kini kembali bertudung selepas mencetuskan k0ntroversi apabila menanggalkan hijab tahun lalu.

Bintang cantik ini difahamkan kembali mengenakan tudung sebelum Ramadan tahun ini.

 Pemilik nama lengkap, Nur Fathia Abdul Latiff, bagaimanapun reda jika ada pihak skeptikal dengan tindakannya berhijab semula.

“Pada akhirnya, saya kembali kepada kepercayaan dan pegangan agama. Saya tiada alasan untuk kembali bertudung.

“Saya cuma orang biasa yang tidak lepas melakukan kesilapan. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah untuk istiqamah.

“Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk berubah dan memperbaiki diri,” katanya.

Fathia Latiff pada masa sama juga perlu menetapkan pendirian,

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.

“Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan keb0dohan akhirnya menjerat diri.

“Sampai bila saya hendak ‘pakai buang’ dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam,” jelasnya.

Selain itu, Fathia teringat pesanan ibu mengenai pemakaian hijab bukan suatu ikutan.

“Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ketinggalan,” katanya lagi.

“Ada peminat yang bertanya bila saya mahu berlakon lagi?

Sedikit mengenai perkembangan kerjaya seninya pula, Fathia akui masih merindui bidang lakonan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MEDIAVIRAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Manusia Biasa Yang Tidak Lepas Melakukan Khilaf Demi Khilaf. Sekarang, Saya Dalam Fasa Membetulkan Diri,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*