(VIDEO) “tak pernah ada YDPA mcam ni”- Sultan dan Permaisuri ‘turun padang’ bantu orang susah

BERCAKAP soal dekat di hati rakyat, ramai bersetuju sikap spontan dan bersahaja itu sinonim dengan Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dari ketika belum bergelar Sultan Pahang atau Yang di-Pertuan Agong lagi, sehinggalah kini bersemayam di singgahsana Istana Negara, sifat serta pembawakan itu sentiasa menebal dalam diri baginda.

Banyak perkongsian melalui media tidak kurang juga berita tular mengenai Al-Sultan Abdullah dimuat naik melalui media sosial, termasuk oleh rakyat jelata, mengenai perlakuan baginda terhadap ratyat.

Istana Negara dalam satu kenyataan di FB berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan memberikan sumbangan kepada dua lagi keluarga, masing-masing di Kampung Pasir Kemudi dan Kampung Bukit Kuin 1, dekat Jalan Sungai Lembing.

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua mencerminkan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap kebajikan golongan memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka. Daulat Tuanku,” menurut kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang, hari ini. - Foto Facebook Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi mereka-mereka yang sangat memerlukan pertolongan di Kuantan, Pahang, – Foto Facebook Istana Negara

Tidak lupa juga dgn putera puteri baginda yang turut serta menyertai ziarah itu, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Rohani berkata dia pada mulanya tidak percaya dan beranggapan tidak mungkin ‘orang besar’ akan berbuat demikian.

Turut menerima ziarah kasih itu ialah dua beradik Tuan Azmi Tuan Hasan, 49, dan Tuan Mohd Azizi, 42, yang terlantar akibat peny4kit saraf di Bukit Kuin 2 di sini yang tinggal berdua selepas kemat1an ibu mereka pada 1998.

Sejak itu, tanggungjawab menguruskan dua beradik itu jatuh kepada anak ketiga, Tuan Azman, 47, yang berulang-alik setiap hari ke rumah pusaka keluarga mereka beberapa kali sehari kerana dia tinggal bersama keluarganya di Kampung Pandan Jaya di sini.

“Abang dan adik mend3rita penyakit itu sejak lahir yang perlahan-lahan menyebabkan mereka kehilangan upaya untuk berdiri dan berjalan. Abang sempat bersekolah hingga tingkatan tiga manakala adik hanya setakat darjah enam,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menziarahi dan menyantuni golongan memerlukan di Kuantan, Pahang. - Foto Facebook Istana Negara

Orang Kelainan Upaya (0KU), Faratun Naim Mi, 47, pula mengakui terharu apabila Al-Sultan Abdullah secara spontan menitahkan supaya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberikan kerusi roda baharu kepadanya selepas melihat kerusi roda yang digunakan.

“Saya beritahu kerusi roda saya masih elok tapi baginda tetap mahu mengurniakan yang baharu. Tunku Azizah yang mendengar terus mencadangkan supaya kerusi roda asal digunakan untuk melasak, manakala yang baharu dibuat melaram.

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing, tree, child, outdoor and nature
$ksi bersahaja Seri Paduka Baginda menaiki buaian ketika berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan di Kampung Pasir Kemudi, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, hari ini.

“Saya gemuruh juga bila dimaklumkan mengenai kehadiran Seri Paduka berdua ke sini kerana bimbang jika tersalah cakap tapi keperibadian baginda berdua yang ramah menyebabkan semua rasa itu hilang,” katanya.

Faratun Naim berkata Seri Paduka baginda berdua juga menasihatkannya agar terus cekal dan bersemangat selepas disembah maklum bahawa dia masih melakukan pelbagai kerja, termasuk memotong rumput walaupun berkerusi roda.

Faratun Naim berkata dia lvmpuh dari aras pinggang ke bawah selepas terbabit dalam kemal4ngan motosikal pada usia 21 tahun dan kini tinggal berdua dengan ibunya, Zaleha Abdullah, 75, di Bukit Kuin 1.

VIDEO :

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Berita Harian, Facebook via tehtarikkaw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "(VIDEO) “tak pernah ada YDPA mcam ni”- Sultan dan Permaisuri ‘turun padang’ bantu orang susah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*