“Rumah Kat Cyberjaya Yang Tak Duduk Pun Kena Cas …” – Saharul Ridzwan Bengang Disebabkan Perkara ni

Pelakon Saharul Ridzwan meluahkan rasa tidak senang hati apabila bil elektrik rumahnya melonjak tinggi sehingga RM1144.75.

Menurut Saharul, kejadian itu tidak logik kerana rumah tersebut tidak didiami mereka sekeluarga.

“Eh. Bukan main graf dia melonjak sampai macam tu. Ramai dah kena macam ni. Hari kena kat diri sendiri. Adoi.

“Rumah kat Cyberjaya yang tak duduk pun kena cas ada penggunaan elektrik? Time PKP hantu berdisco bukak suis kot kat dalam tu,” kongsinya menerusi laman Twitter.

Saharul turut memuat naik ‘screenshot’ yang menunjukkan graf penggunaan elektrik sehingga bulan Jun.

Tambah pelakon drama 30 Pesanan Suara itu dia berada dalam keadaan buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Tak tahu nak marah siapa kat TNB ni. Hubungi operator pun, dorang cuma jalankan tugas. Salahkan sistem, orang yang buat. Siapa orang tu?

“Diskaun 15%, sauk balik berpercent percent. Tak nice la tu. Sorry lah lepaskan ger4m kat sini, sekurang-kurangnya mar4h tu tak tertuju kat sapa-sapa. Kang aku membebel kat meter tu orang cakap gi1la,” tulisnya lagi.

Terdahulu, aktor Fezrul Khan turut sama tidak berpuasa hati apabila mendapati jumpa bil elektrik yang dibayar melambung sehingga RM1943.50.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Taklah, mana ada sedih cerita Korban Kasih tu. 😁 . @juzfitofficial

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buat kerja sekolah jap

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK1

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Rumah Kat Cyberjaya Yang Tak Duduk Pun Kena Cas …” – Saharul Ridzwan Bengang Disebabkan Perkara ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*