“Sehari Sebelum Hilang, Ada 2 Motor Datang…”- 9 Hari Hilang, Fauzi Nawawi Dedah Kronologi Kehilangan Ahli Keluarga

Pelakon Fauzi Nawawi bimbang kerana selepas sembilan hari, anak saudaranya Siti Najiha, 22, masih belum ditemui dan tiada khabar berita.

Menceritakan kembali bagaimana anak kepada kakak sulungnya hilang di kediaman mereka di Pantai Remis, Perak, Fauzi memberitahu ada beberapa perkara yang mencurigakan.

“Sehari sebelum anak saudara saya hilang, ada jiran nampak dua motor yang ditunggang dua lelaki yang tidak dikenali datang berjumpa dengannya.

“Semasa kejadian kakak saya tiada dirumah dan tidak mengetahuinya.

“Pada hari dia hilang pula, ibu saya yang tinggal bersama mereka terkejut apabila melihat pintu belakang terbuka luas dan mendapati anak saudara saya itu hilang.

“Dia hilang tanpa membawa apa-apa termasuk wang, cuma kad pengenalannya sahaja dibawa bersama,” katanya.

Suami kepada Lisdawati itu dihubungi Astro Gempak, selepas melaporkan anak saudaranya hilang semalam.

Fauzi cuma  berharap agar anak saudaranya segera ditemui kerana seluruh ahli keluarganya bimbang dengan keadaannya yang merupakan seorang anak Orang Kelainan Upaya (0KU).

“Kami terutama ibunya amat bimbang dengan anaknya lebih-lebih lagi seorang 0KU dan anak remaja kerana sebelum ini dia tidak pernah keluar rumah bersendirian tanpa ibu bapa bersama.

“Kami pun sudah membuat lap0ran polis, cuma sekarang kita sedang mendapat pertolongan syarikat telekomunikasi untuk kesan siapa yang dihubungi dan di mana.

“Cuma kami dapat tahu lokasi terakhir dia matikan telefonnya di Hilir Perak iaitu lebih 40 kilometer dari rumahnya yang terletak di Pantai Remis.

“Saya harap ramai yang membantu mencari anak saudara saya supaya dia segera ditemui,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang turut bersimpati dengan nasib anak saudaranya dan turut cuba membantu mencarinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mohon simpati dan pertolongan pada sesiapa yg ternampak dan terlihat remaja ini Dia anak kakak saya , Remaja istimewa (OKU) dia hilang dari rumah sejak 6 Hari yg lalu , LAPORAN polis telah dibuat di balai POLIS PANTAI REMIS PERAK tapi masih belum Ada apa2 berita … mohon bantuan dari warga insta dan masyarakat yg prihatin Supaya dapat hubungi nombor yg tertera di gambar Jika ternampak anak saudara Saya 🙏🙏🙏 #fauzinawawi

A post shared by FauziNawawi (@fauzinawawi_new) on

KOMEN NETIZEN :

Kami kat Pantai Remis semua ingat dh jumpa sbb dh senyap je.. semoga dipermudahkan urusan😢

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sehari Sebelum Hilang, Ada 2 Motor Datang…”- 9 Hari Hilang, Fauzi Nawawi Dedah Kronologi Kehilangan Ahli Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*