“Ini Yang Terakhir” – S. Pavithra

YouTuber popular, S. Pavithra, yang sebelum ini pernah mencvri perhatian ramai selepas tampil dengan wajah dan penampilan berbeza menerusi sebuah sesi fotografi baru-baru ini mengakui ia hanya memenuhi permintaan portal berkenaan.

Jika ada pihak yang mulai terfikir dia mahu berjinak-jinak dengan dunia peragaan yang glamor, Pavithra menerusi Berita Harian memberitahu dia lebih selesa dengan rutin kehidupan biasa.

“Saya hanya penuhi permintaan portal. Ia menjadi sesi fotografi pertama dan terakhir saya.

“Tidak terfikir menjadi model atau apa sekalipun… Saya tak akan jadi model. Saya mahu terus lakukan rutin seperti biasa dengan memasak dan berkongsi kandungan di YouTube, selain jadi ibu dan isteri,” katanya seperti yang dipetik.

Pavithra turut menjelaskan, dia hanya orang biasa.

“Saya orang biasa. Saya selesa dengan status itu. Saya sebolehnya menolak hendak ditemubual di televisyen (TV),” kata wanita berusia 28 tahun ini lagi.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberi reaksi terhadap soal perubahan hidup yang dilaluinya ketika ini.

Sambil bersyukur kerana percubaannya dalam dunia masakan di media sosial diterima baik, dia bertuah kerana mendapat sokongan keluarga.

“Saya mula berjinak-jinak dengan dunia YouTube sejak 28 Januari lalu. Saya lakukannya dengan sokongan suami, anak dan keluarga.

“Pada awalnya, saya tidak yakin, apakah orang akan suka cara saya memasak. Saya terfikir ada tak orang hendak tengok video memasak saya?

“Tapi sesuatu yang tidak terduga, sambutan diterima sangat positif dan menggalakkan. Mahu buka akaun YouTube ini pun kena ada syarat termasuk mendapatkan 1,000 pelanggan. Dalam hati terfikir, boleh tak dapat 1,000 pelanggan?

“Namun, akhirnya semua tersusun cantik di depan mata,” katanya.

Setakat ini, saluran YouTubenya yang menggunakan nama Sugu Pavithra sudah pun memiliki lebih 730,000 pelanggan.

“Kenapa ramai yang suka cara saya memasak dan berceloteh? Saya dengar ada orang suka cara saya bercakap bahasa Melayu dengan baik selain gaya penyampaian biasa dan merendah diri.

“Apapun, saya bersyukur dengan rezeki ini. Saya pun bukan orang kaya. Dapatlah berkongsi rezeki dengan keluarga hasil pendapatan di YouTube,” jelas Pavithra yang turut menafikan dia memiliki akaun Instagram (IG) dan media sosial lain.

“Saya hanya ada satu akaun Facebook dan YouTube. Akaun media sosial lain itu semua paIsu,” akuinya.

 

Sumber/Foto: Berita Harian/ IG Razzi Musa, YouTube

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Golden Queen #sugupavithra . #Makeup by #razzimusa #styled @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pavithra in @rizmanruzaini . #Makeup by #razzimusa Styled @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SUGU PAVITHRA Beautiful soul . #makeup by #razzimusa #styled by @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

Sumber/Foto: Berita Harian/ IG Razzi Musa, YouTube

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit : Media Hiburan  

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ini Yang Terakhir” – S. Pavithra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*