4 Foto Perkahwinan Joe Flizzow, Nini Marini

Rapper popular, Joe Flizzow akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya Marini Ramlan.

Berita gembira itu dikongsi menerusi satu posting di akaun Instagram (IG) adik kepada Marini, sebentar tadi.

“Vibe kahwin COVI1D. Dah anggap awak sebagai abang saya sebelum ini, tapi apapun selamat datang ke keluarga kami secara rasmi Joe.

“Kepada Marini, awak adalah pengantin paling cantik pernah saya lihat,” katanya.

Posting berkenaan kemudian dipenuhi dengan komen ucapan tahniah daripada rakan-rakan terdekat

Menerusi gambar pada posting tersebut, dapat dilihat majlis akad nikah dilihat dilakukan secara serderhana memandangkan Malaysia masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kedua-dua mempelai masing-masing kelihatan sangat segak dan cantik menggayakan baju melayu dan baju kurung pahang berwarna krim.

Terdahulu, Joe telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan pada 28 Disember 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : GEMPAK

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "4 Foto Perkahwinan Joe Flizzow, Nini Marini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*