Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 65 episod Dua Takdir Cinta di samping Fasha Sandha, Che Puan Syamim kini mengambil ruang untuk berehat seketika dari terlibat dalam mana-mana penggambaran drama.
Bagaimanapun, dalam masa senggang yang ada, dia masih menerima tawaran sampingan lain selain turut terlibat dalam pengacaraan.
Mulai terjun ke dunia seni selepas dinobatkan sebagai Naib Juara Dewi Remaja 2015, Syamim juga isteri kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj akui gembira kerana sehingga kini, suami tercinta memberi galakan penuh terhadap apa yang dilakukannya kini.
“Boleh dikatakan, suami ialah penonton setia dan pengkr1itik nombor satu saya.
“Dia ada tonton dan mana-mana karektor yang saya bawa misalnya, dia akan beritahu sudah ada peningkatan dan bahagian mana yang perlu diperbaiki lagi.
“Setakat ini dia macam itulah, bertuah kerana suami seorang yang memahami.
“Cuma ada ketikanya, saya yang rasa bersalah kerana ada penggambaran yang makan masa yang agak lama.
“Terfikir bagaimana keadaannya di rumah. Lama-kelamaan, suami mulai faham dan kami ada berbincang mengenainya,” akuinya lagi.
Ditanya mengenai apakah pendirian yang diambil pelakon dan hos ini dalam menjaga status sebagai isteri dalam dunia lakonan, Syamim menjelaskan ada beberapa watak yang ditolak.
Pada masa sama, dia juga memilih untuk tidak mengenakan persalinan yang terlalu mencolok mata dalam mana-mana naskhah yang dilakonkan.
“Karektor yang terlalu dari1ng, tak bolehlah. Misalnya sebelum ini, saya pernah dapat watak seperti ‘sugarb4by’ yang ada ‘sugard4ddy’.
“Jadi saya terpaksa tolak cara baik kerana merasakan ia kurang sesuai dengan status saya sebagai isteri.
“Risau juga nanti kalau ada babak-bakak yang agak keterlauan. Begitu juga dalam soal pemakaian, tidaklah boleh terlalu sekksi,” terang Syamim jujur.
Dalam perkembangan lain, Syamim dan suami baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat dan momen kenangan mereka turut dikongsinya di media sosial.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : MH
Be the first to comment on "“Suami Pengkritik No. 1..” – Che Puan Syamim"