KUALA LUMPUR: Mari bercakap mengenai pengguna YouTube sensasi, Baru-baru S Pavithra menjadi ‘model’.
Pavithra, suri rumah berusia 28 tahun yang menjadi bintang YouTube, muncul di platform media sosial menjadi ‘riuh’ tatkala foto di sebalik tabir penggambaran.
Pavithra kelihatan sangat memukau di dalam foto yang dirakamkan, tetapi yang lebih menarik ialah kreativiti jurusolek yang memilih solekan menonjolkan keindahan warna kulit Pavithra.
Budaya Asia biasanya menyamakan kulit yang cerah dengan kecantikan dan walaupun tidak semua orang Asia mempunyai mentaliti itu, kepercayaan itu ketara dalam industri fesyen.
Iklan dan pertunjukan fesyen tempatan menampilkan model berkulit cerah, manakala model berkulit gelap akan ‘diubah’ warna kulit mereka – sama ada melalui solekan atau proses penyuntingan gambar selepas itu – untuk menjadi lebih cerah sebelum foto mereka disiarkan kepada orang ramai.
Krim dan rawatan pencerah kulit juga kerap dipromosikan di media.
Justeru, sangat mengujakan apabila mendapati Razzi Musa – jurusolek yang bekerjasama dengan Pavithra dalam penggambaran itu, yang menepis stigma tidak sewajarnya dalam amalan solekan.
“Saya rasa tiada sebab untuk mengubah warna kulit Pavithra. Saya perlu hargai warna kulit dia, kita semua kena hargai warna kulit kita,” katanya kepada Bernama, yang dilihat turut mempunyai persepsi sama dengan kebanyakan warganet.
Kejelitaan Pavithra mencetuskan keterujaan dalam kalangan warganet yang men1ngg4lkan komen positif di media sosial.
Pengguna Twitter Muhammad Adham menerusi ciapannya menulis: “Dia sangat cantik” manakala pengguna Instagram @ parames_01 pula menulis hantaran: “Wow! Dia tidak perlu berlebihan. Sangat elegan dan cantik.”
Pelukis Instagram, Haris Rashid turut melukis potret Pavithra yang diinspirasikan daripada foto penggambaran itu.
Sementara itu, Razzi berkata inspirasi di sebalik penampilan Pavithra adalah daripada sifatnya yang lembut lembut, seperti yang dapat dilihat dalam video masakannya bersama suami, M Sugu.
“Saya rasa saya tidak perlu mengubah individu itu menjadi orang lain. Saya mahu Pavithra menjadi Pavithra.
“Konsep solekan minimum saya terapkan kerana saya mahu menyerlahkan sisi manis dan sopan Pavithra yang kita selalu nampak. Memang dalam kepala saya, saya nak tunjukkan Pavithra secara semula jadi,”.
Razzi bagaimanapun mengakui bahawa pada akhirnya, semuanya bergantung kepada cita rasa masing-masing.
“Susah sikit kita nak mendidik mengenai warna kulit kerana ia mengikut cita rasa masing-masing. Tapi apa yang saya ingin sampaikan ialah kita perlu bangga dengan warna kulit kita.
“Ini dah 2020, warna kulit tak perlu jadi masalah. Yang penting menjaga dan sayang kulit anda,” kata Razzi. – BERNAMA
nama Youtubers sensasi S. Pavithra menjadi perbualan hangat netizen tapi bukan disebabkan video masakannya tetapi ramai terpegun dengan kecantikannya persis seorang model ketika menjalani penggambaran di Sungai Siput, Perak.
Gambar Pavithra yang dikongsi jurusolek selebriti, Razzi Musa di Instagramnya mendapat pujian netizen yang terpegun dengan kecantikan wanita berusia 28 tahun itu.
Apatah lagi Pavithra menggayakan busana pereka fesyen terkenal seperti Datuk Bernard Chandran, Wanpa, Rizman Ruzaini dan Gayathiri Silk Sarees Palace.
Bercerita mengenai penggambaran bersama Pavithra sebagai muka depan majalah dalam talian Pepatung, Razzi berkata, ketika ditawarkan untuk menyolek wanita itu dia melonjak kegembiraan kerana memang mengikuti perkembangannya dan suami M. Sugu, 29, di saluran YouTube mereka.
Razzi memilih solekan minimalis dan polos kerana wajah Pavithra sudah sedia ada jelita
“Sebenarnya saya memang follow pasangan ini sebelum saluran YouTube mereka menjadi viral lagi. Saya memang terpegun dengan kelembutan dan kecantikan semula jadi Pavithra.
“Apabila ditawarkan untuk terlibat sebagai jurusolek photoshoot itu, saya terus bersetuju kerana memang ingin bertemu dan menyolek wajahnya,” katanya ketika dihubungi mStar.
Bercerita mengenai solekan untuk sesi fotografi itu, Razzi memberitahu dia hanya melakukan solekan minimalis dan polos pada wajah Pavithra kerana ingin menyerlahkan kecantikan semula jadinya.
Razzi berkata, dia memilih solekan polos kerana Pavithra sendiri sudah mempunyai struktur wajah yang menawan selain warna kulitnya yang sekata dan tidak perlu solekan tebal.
Pavithra dipilih sebagai wajah muka depan majalah dalam talian Pepatung.
“Sangat mudah menyolek wajah Pavithra kerana struktur dan warna kulitnya memang sedia ada cantik tetapi dalam solekan polos itu saya masih ingin ketengahkan sisi moden dirinya.
“Pemilihan solekan itu juga saya pilih kerana ingin memberitahu kepada masyarakat khususnya golongan wanita bahawa kita tidak perlu menggunakan bedak yang tebal untuk kelihatan cantik,” katanya.
Pada sesi fotografi itu, Razzi turut menampilkan lima look pada solekan Pavithra bagi memperlihatkan sisi berbeza dirinya namun tetap mengekalkan wajah polos wanita itu.
“Tambah nilai yang ada pada diri Pavithra adalah apabila lengkap bersolek dan digayakan dengan busana disediakan, dia sendiri mampu bawa imej tersebut.
Pavithra bersama suami dan dua anak lelaki mereka.
“Jujur saya cakap, walaupun dia tiada pengalaman menjalani sesi fotografi tetapi dia sangat tenang dan berjaya menyerlahkan dirinya dengan bersahaja!
“Wajahnya memang ‘makan gambar’ malah foto yang viral itu pun saya hanya ambil menggunakan telefon secara kandid ketika dia sedang bersedia di set,” katanya.
Razzi menambah, Pavithra mempunyai potensi cukup besar untuk berjaya model produk kecantikan atau muse sekiranya dia beri peluang.
Pavithra dan suaminya mula mendapat perhatian netizen menerusi saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra yang berkongsi pelbagai menu masyarakat India namun menggunakan bahasa Malaysia menambat hati penonton pelbagai kaum.
Sehingga kini, saluran YouTube pasangan itu sudah pun mencecah 716,000 pengikut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: BH, MSTAR VIA SOYA LEMON
Be the first to comment on "“Dia sangat cantik, Saya perlu hargai warna kulit dia…” Jurusolek S Pavithra mended4hkan tentang warna kulit semula jadi yang dimilikinya.."