Shuib Jumpa Sharnaaz, Sekali Jep Sepahtu Komen

Sejak kebelakangan ini, dua selebriti terkenal Shuib Sepahtu dan Sharnaaz Ahmad menjadi bualan hangat peminat apabila tidak disangka-sangka terjadi sesuatu terhadap mereka berdua.

Difahamkan, cawangan terbaru diusahakan olehnya bersama pelakon terkenal itu bakal dibuka di Setapak tidak lama lagi namun lain pula yang jadi apabila, baru-baru ini Sharnaaz dilihat kecewa dengan keadaan kedai pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, warganet meneka bahawa kedua-dua mereka hanya berlakon namun terbaru, Shuib memuat naik satu rakaman video seterusnya di Instagram peribadinya pula dimana dia dilihat berjumpa dengan pelakon itu.

Ujar Shuib menerusi video sepanjang meeting, Sharnaaz dalam keadaan baik dan gembira disamping memberitahu proses kedai okay serta dia menganggap ia merupakan hari yang baik untuk menyelesaikan hal tersebut.

Dia juga dilihat memberikan sejambak bunga buat rakannya itu dan selain memuat naik video pertemuan mereka, dia turut menulis kapsyen pendek. Dalam pada masa yang sama, Sharnaaz bercerita mengenai Shuib yang merupakan rakan baiknya dan turut memberitahu tentang tarikh pelancaran.

“Sudah sudah la tu…”

Diruangan komen, Jep Sepahtu dilihat turut meninggalkan respon menerusi perkongsian video Shuib dengan mendoakan agar urusan dipermudahkan.

“All the best Sharnaaz…”

“Terbaik guys”

Menjenguk keruangan Instagram Sharnaaz, dia juga memuat naik video berkenaan dan kapsyennya turut membuatkan orang ramai sedih sekali gus mendoakan agar persahabatan mereka kekal.

“Dia paling menyak1itkan hati, tapi dia lah sahabatku…”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Shuib Jumpa Sharnaaz, Sekali Jep Sepahtu Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*