2017-2020, Ini Kronologi Kisah Engku Emran & Laudya Cynthia Bella Yang Ramai Tak tahu

Tiada siapa yang boleh menyangka rumah tangga Engku Emran & Laudya Cynthia Bella hanya bertahan begitu singkat begini. Berita mengenai percer4ian itu dijelaskan langsung dari Laudya Cynthia Bella yang mengatakan bahawa dia dan Emran telah menamatkan perkahwinan dengan baik.

Berikut kronologi di sebalik perjalanan cinta Bella dan Emran, dari awal pertemuan, perkahwinan, masalah rumah tangga hingga akhir percer4ian.

Pada Awal Percintaan – Mac 2017

Sebelum pasangan ini bercinta, Bella telah putus dengan tunangnya, Afiuddin Suhaeli. Setelah berpisah dengan tunangnya, Bella dikatakan mulai rapat dengan Emran.

Percintaan mereka berdua dapat mula dihidu oleh peminat ketika Bella menyiarkan foto Emran di akaun Instagramnya. Percintaan Bella dengan Emran turut diusik oleh rakan artis, Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri pada Mac 2017.

Emran adalah seorang duda dengan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media Synergy Bhd sejak 2009. Sebelum berkahwin dengan Bella, Emran telah berkahwin dengan Erra Fazira, dan mempunyai seorang anak bernama Aleesya.

Bernikah Pada 8 September 2017

Bella pernah berkata bahawa dia dan Emran saling kenal selama lima bulan sebelum akhirnya memutuskan untuk berkahwin.

Aakhirnya ada bulan Mac 2017, Bella dan Emran memutuskan untuk berkahwin pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 8 Oktober 2017, mereka mengadakan majlis resepsi untuk rakan dan keluarga di InterContinental Hotel & Resort di Dago Pakar, Bandung, Jawa Barat.

Berulang alik antara Indonesia dan Malaysia

Setelah berkahwin dengan Emran, Bella tinggal di Malaysia. Bella berkata, suaminya memahami kerjanya sebagai selebriti.

Sebenarnya, Emran telah bagi restu untuk meneruskan kerjayanya di Indonesia. Oleh itu, artis berusia 32 tahun ini sering kembali ke Indonesia pada hujung minggu untuk bekerja.

Kemelut Rumah Tangga Pada Penghujung Tahun 2019

Pada penghujung tahun 2019, kemelut rumahtangga Bella dan Emran sudah dihidu oleh orang ramai.

Berita buruk datang ketika Bella memuat naik foto bersama suaminya melalui IG Story Instagramnya. Dalam foto tersebut, Bella menulis bahawa itu adalah foto terakhir bersama suaminya yang dimuat naik ke media sosial.

Alasannya, Bella mengatakan ramai wanita lain yang cuba untuk mengg0da Emran.

Saling Unfollow – Jun 2020

Berita mengenai kemelut rumah tangga pasangan ini berterusan sehingga mereka berdua menghapuskan foto dan berhenti mengikuti akaun Instagram. Bella diketahui tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya dan tidak pernah menyatakan alasannya.

Pada hari Khamis (25/6/2020), Emran juga menghapus semua foto Bella di akaun Instagram yang telah berubah nama, @narmeukgne.

Tidak hanya itu, Emran juga mengubah foto profilnya yang sebelumnya menjadikan foto Bella dan anaknya Aleesya sebagai foto profil. Bio akaun Emran Instagram juga telah berubah dengan tulisan “RCC11177 IronmanMY 2018 636 Tridaddy”.

Terjawab Sudah, Pasangan Ini Akhirnya Bercer4i

Setelah lama menjadi tanda tanya di kalangan peminat dan media mengenai berita keretakan rumah tangganya, Bella akhirnya bersuara. Dalam penjelasannya, Bella mengatakan bahawa dia telah berpisah dengan suaminya dengan baik. Keputusan itu telah menjadi perjanjian bersama antara dia dan Emran.

Sementara itu, Bella berkata dia memerlukan sokongan dalam menangani keadaan yang sedang dihadapi.

“Saya minta maaf jika ada kata-kata saya yang kurang menyenangkan, saya memerlukan sokongan dari semua rakan saya, tolong sokong dan doakannya,” katanya kepada Inserlive

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Murai.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "2017-2020, Ini Kronologi Kisah Engku Emran & Laudya Cynthia Bella Yang Ramai Tak tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*