Disebalik Kemasyhuran Nama P. Ramlee, Ada 5 Filem Tidak Dapat Ditayangkan Gara2 Hal Ini

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan seorang pengarah filem yang dikenali di Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pada sekitar era 1950an dahulu. Nama P. Ramlee mula dikenali dalam penglibatan lakonan dan arahan sulungnya menerusi filem Penarek Becha (1955).

Sepanjang karier P. Ramlee, beliau telah menghasilkan 66 buah filem dan lebih 400 buah lagu dihasilkan olehnya. Namun, tahukah anda terdapat beberapa buah filem arahan beliau, tidak dapat ditayangkan di kaca televisyen disebabkan…

Kredit foto: Repair Gambar Lama

Terdapat beberapa perihal yang anda perlu tahu bahawa terdapat lima buah filem arahan dan lakonan P. Ramlee tidak dapat dipertontonkan di TV pada era moden ini. Antara filem yang dimaksudkan ialah Sitora Harimau Jadi1an (1964), Melanchong Ka-Tokyo (1964), Bakti (1950), Sabarudin Tukang Kasut (1966) dan Gelora (1970).

Kredit foto: Repair Gambar Lama

Sitora Harimau Jadian arahan P. Ramlee ini diterbitkan pada tahun 1964. Filem genre drama dan seram ini terinspirasi daripada filem Werewolf of London (1935). Idea membuat filem ini tercetus selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara.

P. Ramlee berkata: “Studio pula dalam kandang zoo. Silap-silap harimau terlepas, habis ding4pnya! Kalau buat gambar si ‘tora’ memang bagus”. Tora bermaksud ‘harimau’ dalam bahasa Jepun.

Mengisahkan penduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan t4kut yang amat sangat kerana keg4nasan Sitora Harimau Jadi1an yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangs4nya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sump4h dan menjadi Anak Sitora.

Sitora Harimau Jadian dipercayai mempunyai unsur tahyvl yang keterlalvan. Salinan filem ini juga dipercayai telah lenyap tanpa sebarang jejak.

Kredit foto: Repair Gambar Lama

Melanchong Ka-Tokyo diterbitkan pada tahun 1964 yang merupakan sebuah arahan Ramon A. Estella. Penggambaran filem ini telah dijalankan di Singapura dan Jepun. Filem ini merupakan terbitan filem yang pertama menjalankan penggambaran di Jepun.

Filem ini tidak diarahkan atau dilakonan P. Ramlee, namun beliau bersama Ahmad Daud dan Saloma merupakan penyanyi undangan yang ditampilkan di dalam filem ini.

Melanchong Ka-Tokyo mengisahkan seorang wanita (Rosnah) dari Malaysia yang memenangi satu peraduan dengan ganjaran melancong ke Jepun. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak penganjur. Kisah ini memperlihatkan k0nflik perhubungan Rosnah bersama Kunio (jejaka Jepun) dan Darus.

Mastercopy filem Melanchong Ka-Tokyo dipercayai telah musn4h dalam satu peristi1wa Banj1r di studio Jalan Ampas pada tahun 1966.

Kredit foto: Repair Gambar Lama

Filem Bakti diterbitkan pada tahun 1950 merupakan arahan L. Krishnan dilakonan oleh P. Ramlee dan Kasma Booty. Beliau memegang watak sebagai Nasir dan nama Nasir juga diberikan kepada nama anak sulungnya yang dilahirkan pad atahun 1953.

Kisah anak angkat seorang budak m1iskin yang bernama Nasir (lakonan P. Ramlee) telah dijaga oleh Saadiyah dan Orang Kaya Ibrahim. Manakala watak Hassan merupakan anak lelaki kepada Ibrahim yang memberi kepada Nasir. Mereka sering bergadvh sehingga masing-masing menyembunyikan cinta hati mereka dari diketahui.

Salinan penuh untuk filem Bakti ini juga dipercayai sudah pun hi1lang dan gag4l ditemui.

Kredit foto: Repair Gambar Lama

Sabarudin Tukang Kasut (1966) merupakan filem arahan dan lakonan P. Ramlee sendiri. Kisah mengenai watak Sabarudin yang bekerja sebagai tukang kasut dan mempunyai isteri yang bermain kayu tiga, berlaku curang dibelakangnya. Filem ini berkonsepkan kisah ‘1001 Malam’ dan bercorak komedi. Ia mengandungi banyak sindiran tajam kepada pemerintah. Namun ia boleh dijadikan iktibar untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di muka bumi ini.

Salinan filem Sabarudin Tukang Kasut pula berada dalam kualiti yang agak rendah. Tahap audio dan visualnya sangat menyedihkan. Dalam VCD originalnya tertulis “Keadaan Gambar dan Suara Kurang Memuaskan. Harap Maaf”.

Kredit foto: Repair Gambar Lama

Manakala filem Gelora (1970) lakonan P. Ramlee dan Sarimah juga tidak ditayangkan atas faktor s3ksual. Filem ini agak kontr0versi kerana memaparkan babak-babak inti1m yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa.

Filem ini mengisahkan k0nflik hubungan kekeluargaan dan jalinan cinta. Filem hitam putih ini memaparkan agenda s3ks antara Sarimah (watak bekas isteri kepada P. Ramlee) dan Arman Yadi (kekasih kepada anak perempuan Sarimah).

Filem Gelora mengandungi unsur s3ks yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa. Jadi tidak hairanlah sekiranya filem ini tidak keluar di kaca TV.

Sumber: Repair Gambar Lama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: OHBULAN

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Disebalik Kemasyhuran Nama P. Ramlee, Ada 5 Filem Tidak Dapat Ditayangkan Gara2 Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*